Tuesday, November 4, 2014

Tanah kampung di rampas

Saya hampir tidak dapat menerima keadaan tentang kejadian yang berlaku didalam kampung saya beberapa tahun yang lalu. Jika penduduk kampung kami tidak mengundi BN, tanah kami akan dirampas oleh kerajaan. Ugutan itu merupakan trauma yang tidak pernah saya lupakan didalam hidup saya. 

Orang kampung  diugut jika tidak mengundi BN dan Bantuan mereka akan dirampas, segala-galanya berlaku dengan pantas. 

Oleh kerana tiada orang yang mengundi BN, bantuan untuk warga Tua, ditarik balik dan ancaman untuk menggadai Kampung kami kepada orang Malaya dalam proses tetapi syukurlah, beberapa orang yang arif , yang diberikan hikmat dan pengetahuan dari TUHAN, tahu apa yang harus dilakukan.


Saya kasihan melihat ada warga emas yang hidup sebatang kara terpaksa akur dengan tindakan kerajaan BN yang telah menarik kembali bantuan mereka. Siapa lagi yang menjaga mereka? Memang pemerintah BN tidak adil.

kejadian masa itu saya tidak dapat terima. Saya sedar, apa yang dilakukan oleh kerajaan BN-MALAYA ialah satu penindasan. (Penindasan ini merupakan JENAYAH yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional sepanjang 51 tahun sehingga sekarang.)

Saya akan ampunkan mereka yang melakukan itu, hanya Tuhan sahaja yang membalas kejahatan mereka tetapi saya TIDAK akan halalkan semua pendapatan MEREKA yang cuba merampas kampung saya dan menarik balik bantuan yang diberikan kepada warga emas. Apa yang PENINDAS itu makan, akan menjadi KUTUK bagi sesiapa yang memakan DUIT rakyat dengan TIDAK ADIL.
Oleh sebab itu, mana-mana tanah yang cuba dirampas oleh kerajaan adalah disebabkan oleh ketamakan kroni-kroni kerajaan. Adalah tidak adil bagi saya jika kerajaan BN melakukan perbuatan terkutuk yang tidak HALAL dan TIDAK direstui oleh orang yang mereka tindas. 
Sehingga sekarang, akibat daripada PENINDASAN yang dilakukan oleh MALAYA,  'I WISH' bahawa MALAYSIA ini tidak akan AMAN dan akan dikutuk selama-lamanya sehingga kerajaan bertukar, asalkan jangan kerajaan BN, betapa hatiku sakit , itu beberapa tahun yang lalu sebelum banyak kejadian berlaku di MALAYSIA.

Saya tahu ada parti yang daripada kerajaan BN yang baik tetapi kebanyakan daripada yang BN ini , adalah menjadi TRAUMA bagi saya sejak kejadian beberapa tahun lalu. Sebab itu juga, saya tidak AKAN HALALKAN semua hasil yang dikautkan oleh MALAYA daripada SABAH, sebab saya sangat sakit hati dengan tindakan mereka.


Mereka membuat rampasan dari kampung ke kampung dan tanah itu akan diberikan kepada ORANG MALAYA. Apapun yang mereka lakukan sekarang, semuanya kerana mereka ini dikutuk oleh TUHAN. Saya tidak akan restui hidup orang yang membuat penindasan terhadap kampung kami.


Saya mewakili orang kampung yang tertindas, sebab saya juga ditindas , untuk memberitahu kepada seluruh RAKYAT Negara Sabah dan Sarawak, termasuk di Semenajung MALAYSIA supaya berhati-hatilah memilih kerajaan.


Sebab itu, saya menyokong mana-mana pergerakan kumpulan yang berusaha untuk KELUAR daripada MALAYSIA kerana saya tidak TAHAN melihat PENINDASAN yang dilakukan oleh KERAJAAN-BN ke atas Sabah dan Sarawak. 


Permintaan saya untuk kerajaan Malaysia, jagalah kroni-kroni kamu supaya jangan sesuka hati melakukan penindasan kerana penindasan itu dosa. Oleh kerana dosa para penindas ini mencemarkan pemerintah di Malaya, maka ia akan menjadi kutuk kepada sesiapa yang memakan buah mereka.

Saya malas terlibat dengan mana-mana cakap politik. Lebih baik saya menyokong pergerakan SSKM yang memperjuangkan HAK sabah dan Sarawak kerana ini lebih baik daripada menjadi TRAUMA politik. Saya berharap TUHAN akan membalas semua perbuatan dan ketidakikhlasan mereka yang membuat penindasan.  – TULUN KAMPUNG mantad Kota Marudu.

0 comments:

Post a Comment