Terdapat banyak jalan yang masih belum dibaiki di kawasan PEDALAMAN SABAH dan SARAWAK. Memang masih ada kampung yang masih TIDAK mempunyai TALIAN ELEKTRIK. Ada sesetengah YB yang dilantik untuk menjaga rakyat di kawasannya TIDAK turun padang untuk melihat, mendengar luahan dan rintihan rakyat. Sebab itu, orang lain mengambil KESEMPATAN didalam KESEMPITAN untuk merampas TANAH ORANG KAMPUNG.
![]() | ||
Jalan yang dibuat adalah hasil kutipan DERMA ORG KG |
Jalan raya yang tidak berturap terpaksa dibaiki oleh penduduk kampung dengan wang saku mereka sendiri. MALAYA yang sudah memerintah selama 51 tahun, masih berdiam diri dengan isu seperti ini.
Mereka tidak peduli tentang MASALAH yang berlaku di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Mereka membiarkan KRONI-KRONI mereka merampas TANAH orang kampung dan MENGUSIR mereka seperti Pendatang ASING yang tidak mempunyai DOKUMEN yang sah TETAPI P.T.I yang berkeliaran di Sabah pula diberi IC. Ini baru 51 tahun. Kalau di tambah lagi dengan 51 tahun yang akan datang, pasti penduduk SABAH ini akan DISISIH oleh MALAYA tetapi kita TIDAK perlu menunggu sehingga 51 tahun akan datang lagi.
JIKA anda PRIHATIN dengan masalah di Sabah dan Sarawak, anda pasti akan MERASA TERTINDAS apatah lagi JIKA kampung anda sendiri yang DIRAMPAS tanpa belas kasihan.
TETAPI saya tidak salahkan mereka yang berkata "SAYA TIDAK PUN RASA tertindas".... Sebab perjuangan ini ialah untuk semua orang, untuk mereka yang SEDAR akan tanggungjawab mereka kepada generasi yang akan datang. Mungkin anda masih TIDAK SEDAR DIRI? Sebab perjuangan SSKM-SSU(UK) adalah untuk mereka yang SUDAH sedar dan yang BELUM sedar.
MALAYA FIKIR penduduk di Sabah dan Sarawak sudah ditipu oleh perjanjian Malaysia 1963 tetapi lihatlah, mereka mulai bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain untuk memberikan pendidikan dan kesedaran kepada anak muda dan orang tua.
Kesedaran yang timbul ini banyak membantu warganegara Sabah dan Sarawak supaya bertekad untuk meninggalkan MALAYA selama-lamanya daripada menguasai negara SS. Kemampuan yang ada pada rakyat ialah HAK mereka untuk keluar daripada MALAYSIA.
KELUAR adalah perkataan yang sangat menakutkan persekutuan Malaysia. Mereka FIKIR dengan perkataan ITU, satu DUNIA akan menghukum mereka kerana KESILAPAN MALAYA menipu SS merupakan SATU JENAYAH antarabangsa yang HARUS diadili.
Apapun, saya berharap kepada para pejuang KEBANGSAAN supaya TERUS bergerak TANPA takut . KERAJAAN MALAYA sudah BERGEGAR dengan pergerakan SSKM-SSU (UK) kerana setiap ugutan atau ancaman yang dibuat oleh kerajaan, mahupun INDIVIDU yang cuba untuk menghancurkan pergerakan untuk MEMPROMOSIKAN KEAMANAN akan di REKOD dengan teliti sebab pergerakan kami bukanlah pergerakan yang MELANGGAR undang-undang. kami TIDAK membuat HURU-HARA.
Itulah sebabnya KEWUJUDAN SSKM-SSU(UK) ialah untuk membela HAK SABAH dan SARAWAK. Untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai SEBUAH negara . Pengorbanan itu bukan satu PERMAINAN POLITIK tetapi satu KESEDARAN yang timbul akibat daripada PENINDASAN MALAYA.
0 comments:
Post a Comment