Saturday, November 1, 2014

Apakah sumbangan anda?

Saya ingin bertanya kepada mereka yang ANTI-dengan SSKM. Anda menyediakan banyak petua supaya orang tidak dapat menyokong SSKM tetapi adakah anda PERNAH memberikan sesuatu untuk Sabah dan Sarawak? Atau untuk anda yang tinggal di Sabah, adakah sesuatu yang anda pernah sumbangkan untuk rakyat Sabah?

Banyak orang yang bercakap tetapi TIDAK SERUPA BIKIN. Banyak orang yang menyediakan PETUA supaya LIDAH dapat dijinakkan tetapi LIDAH sendiri tidak dapat diJINAKkan. Banyak PETUA membantu rakyat Sabah supaya mereka tidak menjadi meskin tetapi KITA sendiri tidak pernah IKUT petua yang dikongsikan kepada orang.

Banyak PROSEDUR yang kamu CIPTA untuk diikuti TETAPI tiada satupun PROSEDUR itu kamu ikut. Anda mahu memberi  tekanan supaya orang buat apa yang kita suruh tetapi KITA sendiri tidak IKUT? 

Saya ingin menyuruh anda supaya tidak MENYOKONG pengganas SULU. Terdapat 7 petua supaya tidak dapat menyokong PENGGANAS sulu. 

1. Setiap orang yang lahir di Sabah harus menjadi warganegara SABAH atau Sarawak.

2. Selepas anda lahir di Sabah dan Sarawak, anda mesti selalu berteriak setiap hari didalam kamar mandi dengan mengatakan PENGGANAS SULU GILA, JANGAN sokong. 

3. Selepas anda keluar dari BILIK mandi, lap muka dengan tuala MERAH yang menandakan anda tidak MENYOKONG pengganas sulu yang hanya suka menembak dan keluar darah MERAH.

4. Selepas anda mengelap dengan TUALA MERAH, pergilah ke Jabatan Kaji Cuaca dan beritahu mereka supaya Jabatan Kaji Cuaca melaporkan hujan saja sepanjang BULAN ini supaya pengganas SULU tidak jadi belayar ke Sabah sebab takut ombak kuat . Tentu mereka semua akan mati dipukul ombak.

5. Selepas itu, katakan kepada semua rakyat Sabah dan sarawak supaya pergi ke BULAN kerana Sabah tidak selamat untuk didiami kerana pengganas SULU mengganas, Siarkan di surat khabar, khabarkan di radio TV mengenai hasrat anda yang terpendam.

6. Selepas itu, anda balik setiap hari mesti jam 6 petang kerana takut PENGGANAS sulu berkeliaran pada waktu jam 7pm. 

7. Selepas anda balik ke rumah sebelum jam 7, anda pergi ke bilik mandi dan lakukan perkara yang sama seperti anda lakukan yang nombor 2. Ulangi sehingga anda bosan.

Apakah anda harus mengikuti saya sedangkan saya tidak pernah buat 7 petua di atas? Kalau anda (Anti-SSKM) Tidak pernah memberikan sesuatu untuk Sabah dan Sarawak, jangan berfikir orang lain akan mendengar atau setuju dengan anda kerana anda akan dianggap sebagai seorang yang HIPOKRIT.

0 comments:

Post a Comment