Sunday, November 2, 2014

Isu PTI lagi? - Part 4

Saya merasa sangsi jika mereka yang ANTI-SSKM ialah mereka yang mempunyai KAITAN dengan PROJECK IC di Sabah. Ada yang anti-SSKM tetapi setelah mereka sedar perjuangan SSKM untuk siapa, mereka tidak lagi memfitnah kerana mereka juga adalah mangsa penindasan MALAYA.

Maksud saya, bukan semua orang yang ANTI-SSKM terlibat dengan projek IC di Sabah tetapi kebiasannya seperti itu. Jika periuk NASI projek IC mereka terganggu, sudah pasti keluarga mereka tidak akan dapat MAKAN. Saya tegaskan sekali lagi yang bukan semua orang yang ANTI-SSKM itu terlibat dengan projek IC.
Malahan ada yang menjadi ANTI-SSKM kerana mereka tidak tahu yang mereka sedang diracun oleh individu tertentu untuk menghentikan perjuangan SSKM tetapi INGAT, jika anda menghasut kawan-kawan anda dan mereka tahu perjuangan SSKM ini betul, anda akan jadi mangsa TIDAK dipedulikan dan mereka akan menganggap anda PENIPU dan HIPOKRIT. Tuan makan TUan. Jaga!... macam manapun anda MENIPU mereka, TUHAN TAHU semua KEJAHATAN yang anda lakukan dan membongkar penipuan anda satu hari nanti. 
Perjuangan SSKM ini sungguh jelas tetapi mungkin bagi mereka yang TERLIBAT dengan projek IC, mereka akan membantah SSKM kerana takut projek mereka diganggu kerana itu adalah PERIUK nasi mereka.
Seperti juga kebelakangan ini, mereka melakukan banyak cara supaya RCI dibatalkan sebab terdapat banyak PENYANGAK yang terlibat dengan PROJEK IC.

Demikian juga dengan suara-suara yang menentang SSKM. Kita lihat saja, ada YB Sabah yang sudah berfikir dan menyokong pergerakan SSKM. Mereka menyokong perjuangan SSKM kerana mereka tahu bahawa apa yang diperjuangkan oleh SSKM adalah benar dan PERSEKUTUAN MALAYSIA harus mendengar laungan pemisahan daripada SSKM.

Sabah Sarawak Merdeka

SSKM atau ringkasnya Sabah Sarawak Keluar Malaysia adalah perjuangan di BAWAH NGO berdaftar di UK. (Sabah Sarawak UNION- UK.). Ini bermaksud Sabah Sarawak UNION - bersatu padu untuk membawa semua rakyat Sabah dan Sarawak untuk bersatu (SSKM) untuk keluar daripada penindasan kerana PENINDASAN yang dilakukan oleh MALAYA ini ialah SATU JENAYAH antarabangsa.

Projek IC ialah projek cari makan sebahagian daripada pemimpin yang tamak dengan harta dan pangkat. Mereka lebih suka menjadi kaya daripada wang yang mereka dapat daripada PTI kerana memberikan mereka IC berbayar. 

Ini satu perniagaan yang TIDAK berdaftar di Malaysia dan mereka harus di adili kerana cuba untuk MEMUSNAHKAN maruh maruah RAKYAT SS.

PTI - (Pendatang Tanpa Izin) sudah menetap di Kota Kinabalu tetapi apabila ayah mereka di tangkap, yang tinggal hanya ibu dan anak-anak. Ibu yang ditinggalkan itu sedang mengandung dan anak-anak yang masih sekolah tidak terbela. Mungkin kerana penangkapan dibuat kerana PASSPORT tidak dibaharui untuk satu tempoh yang lama atau sebaliknya. 

Sebagai akibatnya, bapa akan dihantar ke negara asal dan yang tinggal dan hidup di Sabah ialah si Ibu dan anak-anaknya. Saya berfikir juga bagaimana membantu mereka? Sebab cara penangkapan juga mungkin dibuat dengan tidak mengikuti PROSEDUR yang betul. 

Ini memang sangat menyedihkan tetapi bukan kerana atas DASAR kemanusiaan, mereka diberi IC begitu sahaja supaya orang asing yang lain melihat Kerajaan Malaysia ini berbelas kasihan dan mereka menyokong dan MEMBUAT UNDIAN yang berpihak kepada kerajaan BN lagi kerana memberikan mereka IC itu satu kesilapan. 

Kerajaan sendiri yang membuat Kesilapan. Mereka membiarkan PTI berlambak di Sabah. Mereka yang sudah berkeluarga, terpaksa akur dengan tindakan kerajaan untuk balik tetapi ada yang memang tinggalkan anak dan isteri di Sabah. 

Siapa yang memberikan mereka makan? Biarkan mereka mati di Sabah kelaparan? Dan kerajaan Malaysia akan dilabel sebagai PENGGANAS kerana KEKEJAMAN, kerana tidak memberikan mereka kemudahan untuk hidup sehingga mereka di hantar kembali ke negara asal mereka. 

Ini memang menyedihkan sebab BUKAN salah PTI , BUKAN salah mereka untuk menjadikan mereka sebagai keluarga yang tidak Sah dari segi undang-undang kerajaan kerana tiada dokumen yang lengkap TETAPI yang bersalah dan memulakan ialah PERSEKUTUAN MALAYSIA. JABATAN PENDAFTARAN NEGARA yang bertanggungjawab juga dalam hal ini. SSKM bersuara kerana mereka Sayang Sabah dan Sarawak daripada terus dijajah oleh MALAYA.

0 comments:

Post a Comment