Sunday, November 2, 2014

Isu PTI lagi? - Part 3

Sumber alam yang diperolehi untuk membangun Menara PETRONAS di Kuala Lumpur kebanyakannya diperolehi daripada negara Sabah dan Sarawak kerana pengeluaran minyak menyumbang kepada hampir 100% kekayaan di semenanjung Malaysia.

Kita lihat pembangunan di KUALA LUMPUR begitu pesat membangun berbanding di SS. Rancangan pemimpin terdahulu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang mencapai status tinggi dengan kecanggihan teknologi MODEN  hampir tercapai seperti di NEGARA JEPUN. 

Tetapi malangnya, disebalik pencapaian yang dicapai, ada manusia yang tersepit di tengah-tengah kota. Mereka mempergunakan SUMBER MANUSIA yang lemah untuk mencapai hasrat KERAJAAN supaya Malaysia dikenali di seluruh dunia. 

SUMBER manusia yang digunakan oleh MALAYA untuk mencapai wawasan 3030 ialah datangnya daripada PTI (Pendatang Tanpa Izin). Mereka dipergunakan untuk MENGUNDI demi untuk meraih sokongan supaya PEMERINTAH akan tetap menjadi orang yang SAMA untuk memerintah Malaysia tetapi pada hakikatnya , maruah rakyat Sabah dan Sarawak tergadai kerana kehadiran PTI ini sekaligus menjadikan mereka (PTI) sebagai jentera kerajaan bawah tanah untuk mengerakkan kerajaan.

MALAYA menjadikan SS sebagai tempat untuk menyimpan PTI. Mereka (MALAYA) mencipta undang-undang tetapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang. PTI yang tidak diundang di Sabah dan Sarawak sepatutnya tidak lagi datang ke SS tetapi kerajaan sudapun menggunakan TAKTIK lain dengan cara yang sah untuk membolehkan mereka terus membuat UNDIAN dan menyokong kerajaan dengan PERGERAKAN bawah tanah mereka. 

Jika benar MALAYA ingin membantu penduduk di SS, mereka pasti lebih prihatin dan peka dengan isu pembangunan luar bandar SS yang sejak dari dulu terabai. Sekarang Malaysia sudah mencapai KEMERDEKAAN (KONONNYA) 51 tahun dan kita harus berbangga menjadi rakyat Malaysia. 

Saya memang berbangga menjadi rakyat MALAYSIA tetapi saya sedar, saya ialah SABAHAN dan bukan orang MALAYSIA. (The STATE of ....) adalah STATUS yang paling TEPAT untuk Sabah dan Sarawak tetapi PTI bukan warganegara SABAH dan Sarawak. Mereka tidak tersisih, cuma STATUS PTI mereka tidak MEMENUHI kriteria sebagai SABAHAN dan Sarawakian. Untuk tujuan KESELAMATAN, PTI yang ada di SS harus di hantar balik ke negara ASAL mereka dan layan mereka dengan baik di atas DASAR KEMANUSIAAN sehingga sampai ke NEGARA ASAL mereka. (Ucapkan BYE-BYE jika perlu).

Warga ASING sebenarnya TIDAK DIBENARKAN untuk MENGUNDI tetapi MALAYA menjadikan PTI yang ada di SS sebagai VIP, seolah-olah JATUH atau BANGUNnya MALAYA yang di bawah pemerintahan Barisan Nasional bergantung hanya kepada PTI atau sebagai NADI utama kepada pengerak kerajaan untuk mencapai STATUS Malaysia sebagai NEGARA MAJU, selepas itu, PTI akan diusir semula atau untuk menguatkan lagi KERAJAAN yang akan datang, PTI dikekalkan dan DIBERI IC percuma atau berbayar. 


Kita lihat bagaimana permainan kerajaan ini dan PTI yang membaca artikel ini harus sedar. PTI yang diberi IC, mereka dibenarkan tinggal di Sabah dan Sarawak tetapi akan ada satu masa pihak berkuasa akan membuat penangkapan dan mereka yang mendapat IC berbayar juga akan ditangkap.

Sebab itu, saya ingin tegaskan kepada semua rakyat asing, jangan sesekali menerima IC yang ditawarkan oleh segelintir penghianat SS kerana kesan jangka masa panjang ialah anda pasti akan tertangkap juga.

0 comments:

Post a Comment