Saturday, November 1, 2014

Isu PTI lagi? - Part 2

PTI yang ada di SABAH dan SARAWAk sudah berlambak di mana-mana. Mereka hanya menunggu untuk mendapat arahan daripada ahli POLITIK untuk mengundi. Kalau tidak cukup, mereka akan panggil kawan-kawan mereka yang lain untuk balik ke SS.

Masa lalu, semua usaha untuk menghantar PTI balik ke negara asal mereka di lakukan melalui PINTU DEPAN. Apabila mereka diperlukan, mereka akan melalui PINTU BELAKANG. Gali LUBANG, tutup LUBANG. MASUK lubang, ada yang tidak pernah keluar daripada LUBANG lagi sebab sudah mati. 

Saya sangat SUKA HATI kerana banyak PTI di hantar di negara mereka. Saya cuma khuatir kalau PTI yang sudah dihantar balik ke negara asal mereka berKEMPEN untuk mengajak 10 orang lagi memasuki SS melalui pintu lain kerana PINTU depan dan PINTU belakang sudah ditutup.

Rakyat SS juga keliru kerana mereka sudah mempunyai IC (Identification CARD) sendiri. PTI sangat bangga kerana ada IC untuk membenarkan mereka masuk ke negara SS dan boleh balik semula ke negara asal mereka dengan senang hati sebab mereka ada dua kewarganegaraan. Mereka boleh menjadi warganegara untuk negara mereka dan menjadi warganegara di SS. Ini mungkin keistimewaan untuk menjadi PTI?

Dapatkah kita melihat siapa yang memulakan dan membenarkan PTI masuk di SS? Pemimpin terdahulu yang membenarkan mereka masuk tetapi kemasukan PTI di SS sudah tidak terkawal lagi disebabkan mereka (PTI) juga tidak senang hati dengan kerajaan Malaysia kerana mereka juga di tipu. 

Sebab itu, walaupun mereka sudah dihantar ke negara asal mereka, bulan seterusnya anda sudah melihat mereka berkeliaran di pasaraya atau tempat yang menjadi tumpuan orang tetapi ada juga PTI yang benar-benar tidak wujud di SABAH lagi kerana mereka tidak akan kembali lagi ke laluan PINTU BELAKANG. (Saya tidak pasti kalau ada pintu siring)

Mereka ditipu kerana tidak mendapat apa yang mereka mahu. Apakah yang mereka mahu? Fikirlah sendiri dan lihat di sekeliling kita dan buat penilaian. Saya sendiri tidak tahu apa yang mereka mahu tetapi apa yang PASTI, mereka marah dengan pemimpin MALAYA sekarang. Bagaimana saya tahu? Saya tidak tahu. Gunakan otak untuk berfikir. Jangan guna LUTUT.

Taktik kotor untuk membawa PTI masuk ke negara SS merupakan taktik yang mempunyai niat BAIK kepada agenda Politiknya sendiri. TAKTIK kotor, kalau niat baik barangkali akan menjadi TAKTIK baik. Orang membuat taktik yang baik supaya jangan ada taktik kotor yang masuk. Kalau kita berniat BAIK untuk taktik yang kotor, kita tidak layak di angggap sebagai PEMIMPIN. 

Pemikiran pemimpin yang dahulu juga banyak mempelajari cara cara orang YAHUDI berfikir tetapi mereka ANTI-YAHUDI. Mengapa? Sebab mereka sangat HIPOKRIT. 

Orang yang menulis kebaikan tentang pemimpin tersebut barangkali tidak dapat melihat UNTA di depan mata tetapi dapat melihat KUMAN di mata orang lain.

Anda faham maksud saya? Bayangkan anda seorang penulis dan menjadi penulis dan menulis kebaikan seorang pemimpin yang anda puja sehingga anda menamakan buku itu sebagai PEMIKIRAN si anu bin Si ANU boleh mencapai wawasan yang melebihi pemikiran manusia biasa. Kalau bukan manusia biasa, itu manusia apa? Serigala?.. Mustahil malaikat sebab malaikat tidak pernah menipu. 

Anda pasti akan tertipu jika anda menulis kebaikan untuk orang itu tetapi orang itu sendiri menipu anda. Apakah perasaan anda? Marah? Sakit hati? Gembira? atau sangat bahagia? Apa yang saya utarakan di sini ialah pemimpin MALAYA yang MENGHALALkan penipuan untuk membawa masuk PTI di SS, untuk kepentingan wawasan 3030 nya. Sekarang anda faham apa maksud saya? 

Kemiskinan di Sabah barangkali sangat rendah tetapi sebenarnya TIDAK seperti yang disangkakan. Yang kaya ialah hanya yang orang kaya dan yang meskin hanya untuk orang yang meskin. Orang kaya tidak mungkin menjadi meskin dan orang meskin tidak mungkin akan menjadi orang kaya, kecuali kita MUFLIS. INI kerana RASUAH  ada di mana-mana. 

Yang MEMISKINKAN SS ialah kerana RASUAH. Wang yang sepatutnya digunakan untuk membina sesuatu, membangun sesuatu untuk pembangunan ekonomi SS tetapi DIGUNAKAN untuk kepentingan sendiri. Itulah sebabnya banyak projek di Sabah yang tidak SIAP. KALAU siap pun, projek itu hanya seperti rangka rumah yang tidak berdinding, tidak beratap atau tidak mempunyai tangga ATAU kalau siapPUN, projek itu hanya beberapa bulan saja, RUNTUH! ..mengapa? RASUAH ada di mana-mana. TANPA rasuah, orang yang BERPOLITIK (Bukan semua ahli politik) tidak akan HIDUP. 

Mengenai projek atau DANA yang sepatutnya digunakan untuk membantu orang kampung, di ambil oleh pemimpin sendiri untuk kegunaan peribadi. Wang yang digunakan untuk membeli ASET seperti MESIN BASUH, diberikan kepada semua orang KAMPUNG yang LANGSUNG tiada bekalan ELEKTRIK supaya barang yang dibeli itu TIDAK diketahui oleh penduduk kampung yang barang yang diberikan kepada mereka adalah barang yang tidak berkualiti. Sebab barang yang diberikan kepada penduduk kampung sama dengan harga MARUAH seorang pemimpin yang makan RASUAH dan yang melambakkan PTI di SS. 

Kalau BENAR , MALAYA (Saya merujuk kepada pemimpin Malaya di persekutuan Malaysia di Kuala Lumpur yang kejam , sekarang ini di PUTERAJAYA dan bukan untuk penduduk biasa di Semenanjung) membantu SS, mengapa melambakkan PTI di Sabah? Sebab mereka fikir, SABAHAN dan SARAWAKIAN layak untuk hidup bersama dengan PTI sahaja. 

Pemimpin yang membangun negara sendiri tetapi MENJATUHKAN EKONOMI di negara JAJAHANnya (Negara Sabah dan Sarawak) merupakan seorang PEMIMPIN yang kejam dan sangat HIPOKRIT. Saya tidak SUKA menggunakan perkataan HIPOKRIT kerana saya tidak suka dengan perkataan ini tetapi saya SUKARELA menyebutnya disini kerana SS sudah 51 tahun SS ditipu oleh MALAYA tetapi MASIH ADA LAGI SABAHAN DAN SARAWAKIAN YANG MENYOKONG MALAYA.

Keluarlah daripada MINDA kita yang dijajah oleh MALAYA. Mereka memberikan semuanya baik HANYA untuk mengaburi KITA sahaja. Fikirkan yang kita berada di SABAH dan SARAWAK yang penuh dengan PTI yang berlambak, dan masa depan GENERASI MUDA kita tidak terbela tetapi saya tidak mengharapkan PTI masuk ke Sabah lagi jika Sabah dikembalikan semula kepada STATUS NEGERA.

Jika kita tidak KELUAR daripada MALAYSIA, kita dijajah oleh pemimpin yang hanya MENEKANKAN hak mereka tetapi hak SS diabaikan kerana mereka dengan ANGKUHnya akan menimbulkan SENTIMEN agama dan KEKERASAN di MANA-MANA. 
Kita di Sabah dan Sarawak menderita dengan KEKERASAN ini. Kita di Sabah  dan Sarawak ada saudara Muslim. Sanggupkan ADIK kita sendiri membakar kita di depan mata mereka? Atau sanggupkan ANAK mereka membakar EMAKNYA sendiri kerana hanya ingin MEMPERTAHANKAN agama? 
ISU PTI ada di mana-mana supaya MALAYA dapat mengalihkan PANDANGAN kita untuk tidak tertumpu kepada ISU agama yang mereka LAUNG-LAUNGKAN, supaya kita tidak peduli tentang perbuata mereka yang mahu membakar dan menyakitkan HATI penduduk di SABAH dan SARAWAK. 

Kita di SS tidak pernah wujud SENTIMEN agama yang menekan sebab TOLI-RANSI yang sangat dalam di antara satu sama lain TETAPI oleh kerana MALAYA tidak FAHAM dan BUTA tentang ERTI perSAUDARAN (Harap-harap), mereka memutuskan untuk TIDAK kepada Penduduk SS, sehingga mereka MELONGKANGKAN kita bersama dengan PTI. PTI sangat gembira kerana mereka dilindungi, masuk penjara tidak menjadi masalah sebab akan keluar lagi. 

Saya sangat sakit HATI apabila mendengar ada YB yang membuat UGUTAN kepada penduduk kampung yang mengatakan jika mereka tidak MENGUNDI BN, kampung mereka akan dirampas dan membiarkan PTI masuk di kampung untuk membuat HURU HARA. 

Samaada anda MENYOKONG SSKM atau TIDAK, anda TETAP berada di bawah PENINDASAN MALAYA selama-lamanya. Anda ingin bergabung dengan para nasionalis yang lain? Bergabunglah dan buatlah keputusan hari ini juga SUPAYA jangan lagi menyebut PERKATAAN NEGERI SABAH tetapi NEGARA SABAH dan SARAWAK sebab kita ini bukan NEGERI. 


Bergeraklah bersama SSKM. SIGN PETITION. Fokus kepada MISI dan VISI SSKM , bukan MISI DAN VISI anda SENDIRI supaya soalan anda TERJAWAB. Ia akan terjawab dengan sendirinya apabila PROSES menjadikan SABAH dan SARAWAK akan BERMULA. Percayalah.!

Go! Go! GOOOOO SSKM!!!... <-- CLICK LINK ini kalau mahu SIGN. Cuma Klik BUTANG "SIGN PETITION" apabila paparan laman web muncul... Jangan GOGOGOGOOOO saja tanpa membuat apa-apa.

0 comments:

Post a Comment