Thursday, November 13, 2014

Dalang penghianat Sabah dikenal pasti

Saya terkilan dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Teo Chee Kang mengenai SSKM didalam keratan akhbar hari ini (Nov 14, 2014). Beliau menjadikan tarikh bertuah ini sebagai tarikh untuk menghianati penduduk Sabah dan Sarawak melalui SSKM. 

Datuk Teo Chee tidak membangkitkan ISU mengenai PROJEK IC yang berleluasa di Sabah dan Dalang yang telah mengetuai PROJEK ini. Sebab PROJEK IC adalah projek yang berkaitan dengan ISU keselamatan Sabah.

Seandainya PROJEK IC dibangkitkan oleh beliau, ini sudah tentu akan menJEJASKAN kerja beliau sebagai DATUK kerana mungkin dengan cara itu, beliau TIDAK akan terlepas daripada DALANG PROJEK IC? Mungkin. RCI belum dikeluarkan lagi, mengapa?

Dalang penghianat Sabah telah dikenal pasti sejak dari dulu lagi. Penghianat Sabah ini sebenarnya melakukan apa sahaja untuk MENLONGKANGKAN rakyat sabah demi untuk kepentingan mereka sendiri. 

Beliau sepatutnya TURUN PADANG untuk membantu rakyat Sabah yang tertindas dan membuat KETERANGAN yang ADIL dan memihak kepada KEBENARAN dan KEADILAN untuk penduduk Sabah, bukan untuk menghianati perjuangan MEREKA.

Terdapat banyak rampasan tanah yang berlaku di Sabah, projek IC juga berleluasa di sana - sini. Apa yang membimbangkan sekarang ialah, projek IC itu sudahpun dimiliki oleh tentera SULU kerana mereka boleh pergi dan masuk ke negara Sabah tanpa  dikenali.

Ini menunjukkan kebocoran KESELAMATAN di negara Sabah menjadikan Sabah seperti tidak selamat untuk didiami. Kebanyakan mereka yang hanya mementingkan POLITIK dan PERIUK NASI mereka semata-mata untuk mengaburi rakyat Sabah supaya menyokong perjuangan mereka tetapi sebenarnya banyak kampung dan kawasan yang tidak dipelihara dan dipulihara, tanah adat digadai seperti tanah orang asing. 

Saya rasa memang agak keterlaluan kalau ada sebilangan ahli politik tidak tahu arah tujuan perjuangan mereka, lalu menyalahkan sesuatu yang mereka fikir boleh digunakan sebagai senjata untuk mengaburi rakyat yang tertindas.

Mereka memang menggunakan JOURNALIST untuk mencatit apa yang dikatakan tetapi kami bagi rakyat Sabah disini berjuang atas nama TANAH SABAH dan SARAWAK sendiri, bukan di atas kertas SURAT KHABAR.

Datuk Teo Chee Kang membuat tuduhan PALSU kepada SSKM kerana beliau tidak pernah MEMBACA dan TIDAK pernah tahu tentang MISI dan VISI SSKM. Jika beliau tahu tentang hal ini, sudah pasti, beliau juga terGUGAT sebab perjuangan SSKM ialah untuk hak rakyat Sabah dan Sarawak. 

Perjuangan ini bukan melibatkan satu atau dua orang, saya boleh buktikan dengan GoPetition yang sudah ditandatangai oleh ramai orang, maka Datuk Teo Chee Kang sudah tentu tertekan kerana beliau bersalah menahan rakyat bersuara tentang HAK mereka didalam Malaysia. 

0 comments:

Post a Comment