Thursday, November 6, 2014

Kebebasan beragama

Menurut perkara 1 : AGAMA - Walaupun tiada bantahan terhadap agama ISLAM sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama RASMI sepatutnya TIDAK akan diadakan di BORNEO UTARA dan SARAWAK, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung didalam Perlembagaan Malaya TIDAK digunakan di BORNEO UTARA dan SARAWAK. (Perjanjian Malaysia muka surat 54)

IBRAHIM ALI yang berniat untuk membakar ALKITAB , MILIK KRISTIAN merupakan satu kesalahan di bawah PERKARA 1. Penduduk di Borneo Utara bebas mengamalkan agama masing-masing TANPA paksaan.

Kebebasan BERAGAMA merupakan satu cara untuk mencapai KEAMANAN sejagat di kalangan umat manusia pada hari ini. Tanpa kebebasan ini, negara akan menjadi kucar kacir. Kita tidak mahu negara SABAH dan SARAWAK menjadi tempat untuk puak EXTRIMIST bermaharajaLELA seperti yang terjadi di IRAQ dan SIRIA. Rakyat SS menjadi kucar kacir disebabkan IBRAHIM ALI tidak menghormati PERKARA 1 didalam perjanjian MALAYSIA 1963.

Setiap orang yang hidup diberi HAK untuk menganut agama sendiri. Dengan itu, tindakan IBRAHIM ALI untuk membakar ALKITAB milik kristian adalah TIDAK ADIL. Jika dia ingin membakar ALKITAB, saya juga ingin melihat dia membakar AL-QURAN lama di hadapan UMUM.

Saya menyokong tindakan SULTAN KELANTAN melucutkan GELARAN DATUK kepada IBRAHIM ALI kerana dia (Ibrahim Ali) tidak berfikir sebelum bertindak, ini menyakitkan hati SEMUA ORANG MUSLIM DI Malaysia kerana dia sendiri yang MAHU membakar ALKITAB milik KRISTIAN dan AL-QURAN lama milik orang ISLAM. Kenyataannya itu juga disokong oleh Dr. M sebagai NIAT BAIK Ibrahim Ali untuk mempertahankan ISLAM.

Penduduk di Sabah dan Sarawak sentiasa menghormati di antara satu sama lain walaupun berlainan agama kerana mereka lebih mementingkan HAL KEKELUARGAAN. Saya sarankan, HINDARI puak EXTRIMIST yang hanya melaga-lagakan rakyat Sabah dan Sarawak. Jika MALAYA tidak MENGHORMATI perkara 1 , ini bermakna MEREKA pura-pura lupa tentang perjanjian MALAYSIA 1963 supaya penduduk SS TERTIPU selama-lamanya.

0 comments:

Post a Comment