Rakyat BORNEO Menuntut dan MEMINTA supaya kerajaan berhenti MEMALSUKAN sejarah Sabah dan Sarawak dan BERHENTI MENGHIANATI rakyat BORNEO supaya TIDAK MEMALSUKAN IDENTITI Taraf Sabah dan Sarawak sebagai sebuah NEGARA yang BERDAULAT.
Tuntutan ini adalah atas DASAR kemanusiaan dan atas DASAR HAK BERSUARA. Setiap orang mempunyai HAK bersuara dan KERAJAAN sepatutnya mendengar HAK kami sebagai rakyat BORNEO.
Tindakan MEMALSUKAN IDENTITI sebenar STATUS BORNEO merupakan HASUTAN kepada rakyat BORNEO. Ini kerana rakyat BORNEO seolah-olah kehilangan IDENTITI sebenar mereka kerana mereka terperangkap dengan perkataan MALAYSIA dan RAKYAT MALAYSIA. Jika MEREKA ialah rakyat BORNEO, jadi siapa yang menjadi RAKYAT MALAYSIA dan siapa yang BERADA DI MALAYSIA?
Malaysia hanyalah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU yang menyamar menjadi MALAYSIA. Samaran yang digunakan oleh PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ini mengelirukan rakyat BORNEO.
Tafsiran Perlembagan MALAYSIA didalam ARTIKEL 60 menerangkan bahawa Persekutuan ditubuhkan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Oleh kerana BORNEO UTARA tidak TERTAKLUK dan TIDAK TERIKAT kepada ARTIKEL 60, maka Persekutuan Tanah Melayu (MALAYA) tiada HAK ke atas SABAH dan SARAWAK kerana BORNEO UTARA tidak dibentuk melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
BORNEO UTARA dibentuk mengikut perjanjian 1963 dan bukan perjanjian 1957. Saya tidak mendapati fakta ini didalam sejarah Malaysia. Fakta ini lah yang sebenarnya diPALSUKAN oleh MALAYA dengan MENIADAKAN SEJARAH sebenar Sabah dan Sarawak.
Jadi, MALAYA meniadakan PERJANJIAN 1963 dengan TUJUAN supaya dapat menjadikan BORNEO UTARA sebagai TANAH JAJAHAN baru. Tujuan rampasan itu ialah untuk menakluki MINYAK dan TANAH-TANAH di Sabah. Mereka mempergunakan pemimpin tempatan melalui parti POLITIK di BORNEO.TAKTIK dan CARA jajahan ini cukup jelas. Para pemimpin terdahulu yang cuba untuk menuntut semula HAK mereka yang telah di ambil oleh MALAYA tidak dapat sebab rakyat borneo diberitahu yang Sabah dan Sarawak ialah Malaysia dan sesiapa yang cuba mengeluarkan kenyataan untuk membuat tuntutan terhadap hak rakyat borneo, mereka akan dikenakan HASUTAN, lebih teruk lagi dengan AKTA ISA, terus masuk penjara tanpa BICARA.
Akta ISA dan AKTA hasutan ialah akta yang hanya menahan orang bersuara dan bersifat MENINDAS. Jika AKTA ini seorang manusia, ia tentu memiliki FAHAMAN seperti SEORANG KOMUNIS.
Rakyat Borneo DILARANG untuk bersuara. Sabah dan Sarawak ini seperti PENJARA kepada rakyat BORNEO, diberi kebebasan berjalan ke sana kemari tetapi KAKI mereka di ikat oleh AKTA. Ini juga satu penindasan yang TIDAK BERHATI PERUT.
Sekarang anda tahu siapa yang sebenarnya menghasut? Sejak dari dulu lagi, rakyat Borneo DI HASUT untuk tidak bersuara supaya MALAYA dapat MERAMPAS kekayaan SABAH dan SARAWAK dengan mudah tetapi NAMPAKNYA , taktik MALAYA untuk menjajah BORNEO UTARA sudah dihidu oleh INTELLIGENT BORNEAN TEAM (IBT).
0 comments:
Post a Comment