Tuesday, November 11, 2014

Kembalikan status Sabah dan Sarawak

Saya melihat bahawa mana-mana pertubuhan atau NGO berdaftar samada didalam atau di luar negara yang berjuang untuk hak Sabah dan Sarawak, tujuan mereka hanya satu iaitu 'Meminta PERSEKUTUAN MALAYSIA (MALAYA) mengembalikan semula STATUS SABAH dan SARAWAK sebagai sebuah NEGARA.

SUARA rakyat kepada kerajaan pusat supaya mengembalikan SABAH dan Sarawak sebagai sebuah negara yang BERDAULAT merupakan satu TENTANGAN hebat yang dihadapi oleh Malaya kerana mereka yang memulakan TENTANGAN ini.
Didalam pendidikan Malaysia, saya tidak pernah melihat ada sejarah Sabah dan Sarawak malahan saya tidak tahu sejarah SS wujud. Mengapa kerajaan pusat berselindung di sebalik nama Malaysia tanpa menyentuh sejarah mereka (SS)? 
Apakah kerajaan pusat CUBA untuk MENGHAPUSkan IDENTITI sebenar rakyat SS didalam Malaysia ? Bagaimana dengan PENGHAPUSAN ETNIK? Memiliki identiti sebenar adalah satu kebanggaan tetapi memalsukan IDENTITI dan MENGHILANGKAN ETHIK merupakan satu proses untuk menghapuskan KAUM. 

Saya bukan orang Malaysia. Saya seorang Sabahan. Mengapa saya harus mengaku seorang Malaysia? Sabahan ialah Sabahan. Malaysia? bagus sekali dengan nama itu. Saya mengaku saya juga orang Malaysia tetapi masalahnya , apa identiti sebenar saya? Saya orang Malaysia atau saya orang Sabah? Saya tinggal di Sabah tetapi mereka memanggil saya, orang Malaysia. Salahkah saya berkata "Saya berasal dari Borneo Utara"... bukan dari Malaysia. 

Bukan semua penduduk Sabah dan Sarawak setuju dengan keputusan persekutuan Malaysia menurunkan Status SS sebagai sebuah negeri tetapi sebenarnya dalam DIAM, mereka TIDAK berbincang dengan rakyat SS untuk masuk didalam MALAYSIA. 

SS tidak termasuk didalam Malaysia tetapi Persekutuan Malaysia ingin mengaut keuntungan daripada bumi SS, maka mereka mengambil keputusan untuk menurunkan taraf SS sebagai negara TANPA persetujuan daripada rakyat SS. Itulah yang dinamakan, PERJANJIAN MALAYSIA tidak SAH dan DICABULI oleh MALAYA.

0 comments:

Post a Comment