Saturday, October 25, 2014

Mesej untuk Sabah dan Sarawak

Untuk semua penduduk Sabah dan Sarawak, kita semua sudah MERDEKA daripada penjajahan Malaya (Sabah dan Sarawak , Kita Merdeka atau sebenarnya lebih dikenali sebagai SSKM). Saya akui banyak orang yang tidak faham maksud dan tujuan SSKM diwujudkan. 

Ada yang masih bingung, apakah perlu menunggu kepalanya terhantuk didinding baru sedar diri dan ternganga?? 
Of Course lah, kalau kita berFIKIRAN jauh daripada itu, SSKM ini boleh menjadi Sabah Sarawak Keluar Malaysia. SKOP pemisahan itu terlalu luas untuk dihurai tetapi saya tidak terangkan disini. Kita memang sudah merdeka tetapi MALAya merampas KEMERDEKAAN kita.

Saya harap anda tidak terkeliru dengan artikel ini kerana HAK Sabah dan Sarawak telah dipolitikkan dan di api-apikan oleh beberapa parti politik tempatan di Sabah yang cuba untuk menghalang para pejuang Nasionalis.

Saya ingin menegaskan bahawa Jika Sabah dan Sarawak seperti Brunei dan Singapura, ia mungkin menghadapi kesukaran untuk ke sana ke mari jika tidak ditangani dengan cara baik.

Ini Ada ura-ura yang mengatakan bahawa penduduk Sabah dan Sarawak akan menggunakan PASSPORT jika hendak bekerja di semenanjung dan ini amat menyukarkan urusan?. Soalan ini datangnya daripada salah seorang ahli politik UPKO.

Sebenarnya tanggapan ini datangnya daripada seorang yang sangat negetif atau seseorang itu langsung tidak memahami apa itu SOP? Saya tidak persalahkan sesiapa.

Mereka yang berfikiran negetif akan sentiasa dalam ketakutan. Hidup dalam ketakutan tidak dapat membangun diri sendiri. Mengapa kita harus takut dalam tentang sesuatu perkara? 


Adakah kita takut kerana kita ini seorang yang PENGECUT atau  memang seorang PENAKUT apabila berdepan dengan seseorang? Saya suka mengingatkan bahawa hidup dalam ketakutan selalu banyak menghadapi masalah kehidupan.

Masalah itu bukan sahaja berlegar-legar di dalam minda kita, malahan ia juga berlaku di hidup kita sehari-hari kita. Kita seolah-olah menganggap mereka yang berada di sekeliling kita itu semuanya orang jahat.

Orang lain pergi ke luar negara tidak pernah menghadapi masalah pun. Mereka tahu apa yang harus dilakukan. Mengapa hal kecil ini menjadi masalah? 


Sepanjang hidup ini, saya tidak pernah mendengar orang luar atau orang Amerika pergi ke Sabah merungut kerana menggunakan passport? Banyak perkara yang dapat kita selesaikan jika kita berfikiran positif.Berfikir mengenai puluhan ribu yang yang berkerja didalam sektor swasta?

Ini pun menjadi masalah? Beritahu saya apa jenis masalah didalam dunia ini yang tidak DAPAT diselesaikan? Jika anda tidak dapat menerima hidup didalam dunia ini dan tidak mahu hidup, anda memang betul-betul seorang yang bermasalah dan harus mendapat kaunseling daripada orang yang pakar. 
Mengenai proses FILIPINA menuntut SABAH, China  juga membuat tuntutan yang sama , Indonesia bersedia untuk masuk ke Sabah, Sebenarnya semua ini ialah ISU POLITIK. 
Kita mungkin tidak pernah mendengar apa UN katakan tentang PERLINDUNGAN.
Adakah kita berhak untuk MERDEKA? Ya, kita memang berhak untuk dilindungi dan BERHAK untuk MERDEKA. Jika anda FIKIR tidak BERHAK untuk dilindungi, mungkin itu memang tidak  perlu untuk anda. 

Semua orang berhak untuk dilindungi. Apakah kita tidak tahu tentang HAK ini? Berfikir lah secara positif mengenainya. JIKA awal-awal kita sudah menGALAH, memang tiada satupun didalam hidup ini dapat diselesaikan. Ini bererti orang yang bersama kita pun akan KALAH. Kita kalah dengan MASALAH sendiri. 


Kita memang benar-benar KALAH kalau kita langsung tidak TAHU apa yang harus kita BUAT. Semua orang didalam dunia ini yang MAHU berubah, harus mengubah diri sendiri untuk membawa orang berfikiran positif tetapi kita harus menjadi seorang yang POSITIF sebelum mengubah orang lain.

Saya sarankan, jika ingin berkawan dan inginkan satu kelainan didalam hidup, berkawanlah dengan orang yang POSITIF. Sebab jika kita berdepan dengan orang yang  sentiasa berFIKIRAN negetif, lambat laun kita juga akan menjadi seorang yang NEGETIF dan tidak tahu mengurus benda-benda yang kecil didalam hidup ini.

0 comments:

Post a Comment