Monday, October 6, 2014

PTI bukan artis jemputan di Sabah dan Sarawak





PTI BUKAN ARTIS JEMPUTAN DI SABAH DAN SARAWAK. Kalau  pemimpin Sabahan yang terdahulu bersikap positif dan tidak menuruti telunjuk Malaya, sudah tentu PTI di  negara kita Sabah dan Sarawak tidak berlambak. Kesan daripada kemasukan parti politik iaitu BN-UMNO di Sabah menyebabkan semuanya tidak ketentuan. Kalau benar pemerintah atau kerajaan sekarang bertanggungjawab untuk menjaga keperluan negara Sabah dan Sarawak, mengapa pemerintahan mereka memberikan kesan negetif kepada sosial dan ekonomi di Sabah dan Sarawak?


Kedatangan PTI hanya menyusahkan Sabah dan Sarawak sendiri. Malaya (saya gunakan istilah ini merujuk kepada pemimpin di Malaya yang kejam dan bukannya semua penduduk di Malaya) tidak bertanggungjawab dengan kebanjiran PTI di negara Sabah. Sebut saja PTI, orang Sabah tahu itu berkaitan dengan orang yang masuk secara haram tanpa permit tetapi dibenarkan oleh kerjaan Malaysia, malahan diberi IC kerana kedatangan mereka boleh meraihkan undi haram untuk pilihanraya seterusnya.


Siapa yang tidak marah, PTI diberi IC dan diberi taraf kewarganegaan yang sah di sisi undang-undang. Ternyata ini ialah satu cara yang KOTOR untuk memusnahkan Sabah dan Sarawak. Kerajaan mengaut keuntungan daripada sumber minyak yang diambil daripada Sabah tanpa membantu sabah untuk memajukan pendidikan, sosial dan ekonomi sehingga kebanjiran PTI memberikan kesan kepada jenayah yang berleluasa di sana sini.


PTI ialah Pendatang Tanpa Izin yang tidak dibenarkan masuk ke negara Sabah tanpa dokumen yang sah tetapi mengapa kerajaan sanggup melakukan PENGHIANATAN ini dengan membenarkan PTI masuk ke Sabah dengan sah tanpa ada tangkapan pada masa lalu? Ini merupakan penghianatan kepada Sabah dan Sarawak. MALAYA ialah PENGHIANAT SEBENAR kepada semua penduduk Sabah dan Sarawak.

Kepada semua PTI yang membaca artikel saya, saya minta kamu jangan menyokong sebarang usaha kerajaan untuk meraih undi jika mereka menggunakan taktik kotor kerana kamu semuanya akan diusir nanti oleh kerajaan apabila mereka sudah mencapai hasrat mereka untuk MELONGKANGKAN penduduk Sabah dan Sarawak.

Saya tahu bukan semua ahli UMNO melongkangkan Sabah dan Sarawak, memang ada yang mahu keluar daripada menjadi ahli UMNO, tahan saja.

0 comments:

Post a Comment