Sunday, October 5, 2014

Sabah dan sarawak bukan negeri

SABAH DAN SARAWAK BUKAN NEGERI. Persekutuan Kuala Lumpur menukar TARAF Sabah dan Sarawak kepada NEGERI sedangkan Sabah dan Sarawak dipanggil sebagai NEGARA dan BUKAN negeri. Kita seharusnya sedar akan perkara ini. Kita sebagai rakyat Sabah dan Sarawak bukan berada di dalam sebuah NEGERI tetapi kita ialah sebuah NEGARA.

Negara Sabah dan Sarawak adalah yang paling TEPAT dan BUKAN NEGERI. Ini kerana kita (Sabah dan Sarawak) bukan menyertai Malaysia tetapi kita sama-sama membentuk Borneo-Utara (Sabah) , Singapura dan Tanah Melayu. "We did not enter Malaysia, but we formed Malaysia together with North - Borneo (Sabah), singapore and Malaya. Pernyataan ini sudah cukup memberikan kita kesedaran bahawa kita telah DITIPU oleh PERSEKUTUAN di Kuala Lumpur.

Kita sebagai warganegara Sabah dan Sarawak mestilah (Seharusnya) menyokong apapun tindakan daripada pihak bukan kerajaan untuk menyelesaikan isu tuntutan mengenai Sabah dan Sarawak. Kita mungkin tidak faham mengapa kita harus berjuang untuk menyokong sebarang tuntutan Sabah dan Sarawak.

Mengapa kita harus menyokong perjuangan tuntutan untuk mengembalikan semula taraf Sabah dan Sarawak menjadi sebuah NEGARA?.

 Kita ditindas oleh kerajaan Malaysia. Penindasan kerajaan Malaysia ini seperti musuh dalam selimut. Mereka membiarkan kita meskin di negara kita sendiri, banyak ketidakadilan berlaku , banyak jalan-jalan yang tidak siap. Ada pula yang saya dengar kalau tidak undi BN, kampungnya tidak akan dimajukan atau akan dihalau daripada kampung itu.

Rakyat sepatutnya sedar, dari dulu lagi kita sudah ditindas dengan pelbagai isu untuk memecah belahkan rakyat Sabah dan sarawak terutama sekali isu mengenai agama, isu Pendatang Tanpa Izin. PTI diberi izin untuk masuk di negara ini tanpa dokumen dan diberikan IC.

Policy dasar kabotaj yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia menyebabkan kita di sabah dan sarawak meskin. Kamu faham apa maksudnya dasar kabotaj? Dasar Kabotaj Wikipedia - Kabotaj -  Itulah sebabnya barangan di sabah dan sarawak sangat mahal, terutama sekali barangan import. Kita sebagai rakyat negara Sabah dan Sarawak ditekan dengan kenaikan barang dan perkhidmatan yang tidak  menentu. Kenaikan RM0.20 sebenarnya hanya untuk membayar hutang negara. RM677.736 Billion - ditambah lagi dengan GST (Government Services Tax) .

Semasa pilihanraya dulu, kerajaan sanggup membelanjakan wang rakyat demi untuk mengambil hati rakyat untuk mengundi kerana kebanyakan daripada rakyat sabah dan sarawak terutama yang tinggal di pedalaman sangat meskin. Mereka hanya menerima wang sebagai rasuah untuk memancing undi.

Semua taktik KOTOR ini sebenarnya menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang dikutuk oleh negara lain. Terlalu banyak permainan politik yang kerajaan lakukan kepada negara Sabah dan Sarawak. Kerajaan Malaysia mahu jadikan Sabah dan Sarawak ini meskin sehingga senang ditipu, senang disuap atau senang diberi wang sebagai rasuah untuk rakyat Sabah dan Sarawak.

Sebenarnya kemeskinan Sabah dan Sarawak ini berpunca daripada kerakusan kerajaan Malaysia yang mahu mengambil kesemua hasil bumi negara Sabah dan Sarawak dan memperbodoh-bodohkan pemimpin. Mereka mungkin dapat melantik pemimpin yang senang dibodek dan senang digunakan atau dijadikan sebagai saluran untuk mengaut semua hasil bumi Sabah dan Sarawak sehingga negara ini menjadi sarang PTI apabila projek IC menjadi aktiviti yang menyenangkan setiap kali pilihan raya.

Pemberiaan IC kepada PTI juga ialah satu taktik kotor untuk memancing undi. Ini lah sebabnya kenapa kita tidak harus membiarkan kerajaan Malaysia melakukan demikian kerana taktik kotor ini ialah di tahap yang sangat bahaya.

Kamu mungkin tidak menyokong orang lain untuk keluar daripada Sabah dan Sarawak sebab kamu belum kena tapi lambat laun, anak-anak kamu akan bangkit melawan kamu juga apabila mereka tidak diberitahu tentang hal yang sebenarnya berlaku di Malaysia atau keluarga kamu sendiri yang akan terkena pula.


0 comments:

Post a Comment