SSKM BUKAN PENGHASUT. Saya hairan mengapa SSKM dianggap sebagai penghasut? Kalau benar SSKM penghasut, mengapa hak Sabah dan Sarawak di abaikan? Mengapa MALAYA menipu dan membatalkan perjanjian MALAYSIA 1963?
Mengapa menjadikan Sabah bertaraf negeri dan bukan Negara? Mengapa menghasut rakyat SS dengan mengatakan Sabah sebuah negeri sedangkan Sabah ialah sebuah Negara? Dan mengapa menghasut rakyat SS dengan memberi BR1M dengan mengatakan wang itu untuk menampung kos sara HIDUP, sedangkan BR1M itu bukan setiap bulan?
SSKM yang berjuang untuk menuntut keadilan merupakan satu cara untuk membetulkan KESALAHAN dan KESILAPAN KERAJAAN MALAYSIA yang melabelkan SABAH sebagai sebuah NEGERI dan dengan sesuka hati mengaut KEUNTUNGAN daripada BUMI SS.
Rakyat SS berjuang untuk keadilan melalui SSKM tetapi pemimpin MALAYA yang kejam selalu melindungi DIRI mereka daripada diketahui oleh DUNIA hari ini mengenai KETIDAKADILAN mereka didalam pemerintahan.
Saya tidak setuju dengan pernyataan yang mengatakan "Sebarang Cadangan Mengenai Sabah dan Sarawak Sepatutnya keluar dari Malaysia di anggap Hasutan".
Perdana menteri JEPUN akan merasa malu dan terancam serta mengambil keputusan untuk RESIGN jika mereka bersalah dan tidak dapat memerintah negaranya sendiri. Mengapa mereka berbuat demikian? Sebab pemimpin yang seperti itu ialah pemimpin yang BERMARUAH. Mereka sedar MARUAH mereka sangat MAHAL untuk rakyatnya. Keluar dari MALAYSIA bukan satu PENGHIANATAN.
Tanyalah rakyat SS. Adakah mereka pernah menghianati pemimpin mereka? Tidak pernah tapi CUMA mereka RIMAS dengan janji-janji kosong kerajaan untuk memerintah Sabah dan Sarawak. Jadi, ada baiknya kalau keluar dari MALAYSIA daripada ditindas dengan pemerintahan yang bersifat BERAT SEBELAH. Seluruh DUNIA tahu ketidakadilan para pemimpin MALAYA. Jangan suka-suka menggunakan akta HASUTAN sekiranya tidak FAHAM perjuangan SSKM. Perjuangan SSKM bukan untuk menghasut orang ramai. SSKM tidak dipaksa. Siapa yang nak keluar, ikut perjuangan SSKM.
Jangan SUKA-SUKA menggunakan AKTA HASUTAN jika TIDAK FAHAM apa maksudnya KEMESKINAN dan PENINDASAN. Jika kamu berasal daripada keluarga yang KAYA, kamu tiada belas kasihan terhadap rakyat SS kerana kamu tidak pernah menjadi meskin. Kamu tidak pernah ditindas. Semua kehidupan kamu serba mewah. Hanya pemimpin yang tahu apa maksudnya kemeskinan sahaja yang layak dipanggil sebagai PEMIMPIN yang dihormati. Ini lah pemimpin yang harus diikuti dan disanjung serta mempunyai MARUAH yang tinggi sama seperti RAKYAT nya.
Jangan suka-suka menggunakan akta HASUTAN jika hanya ingin menjaga nama baik supaya kerajaan Malaysia nampak kamu membuat kerja. Cara itu bukannya membela orang meskin atau orang tertindas tetapi hanya untuk mencemarkan maruahmu sendiri di kemudian hari. Penindasan yang berlaku ke atas SS bukanlah penindasan yang main cubit-cubit atau kena gigit nyamuk tetapi satu penindasan yang bersifat KEJAM dan TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN.
Jangan suka-suka menggunakan akta hasutan JIKA tidak faham erti atau nilai KEMANUSIAAN. NILAI kemanusiaan itu sama tarafnya dengan MARUAH. Jika pemimpin tidak dapat menjaga MARUAH rakyat SS yang ditindas dengan pelbagai macam kesusahan dan kesempitan, maka pemimpin yang melakukan kekejaman sedemikian tidak BERMARUAH sama sekali.
Cuba kamu jadi orang meskin dan orang meskin menjadi kamu, apakah kamu juga tidak merasa sebagai manusia sama seperti orang meskin itu? Jangan berfikir hanya untuk diri sendiri. Sertai perjuangan SSKM jika ingin berjuang demi masa depan anak-anak kita semua.
Tetapi apakah perlu mendakwa rakyat Sabah di bawah akta Hasutan JIKA mereka bermati-matian untuk berjuang demi kepentingan dan hak SABAHAN didalam Malaysia? Jika benar kamu PEMIMPIN dari MALAYA mahu berjuang untuk SABAH dan SARAWAK, mengapa tidak berjuang untuk mengakhiri PENINDASAN di SS masa lalu dan hari ini?
Adakah di anggap sebagai HASUTAN dan PENGHIANATAN apabila rakyat SS ingin keluar daripada Malaysia kerana tidak TAHAN dengan penindasan pemerintahan di MALAYSIA? Berfikirlah ke depan dan bukan membelakangkan SABAH dan SARAWAK. Penghasut ialah satu ancaman kepada KESELAMATAN NEGARA.
Jika kamu menangkap para pejuang SS, kamu sudah bersalah dan tersilap langkah untuk bertindak kerana setiap INCI hidup kamu tidak akan mendapat PAHALA sebab perjuangan untuk MENGHAPUS kemekinan di SS telah kamu hancurkan. PTI kamu lambakkan ke Sabah, tidak kira ia daripada MENTAL seorang penjenayah.
Keluar dari Malaysia ialah HAK Sabah dan Sarawak. Hak itu tiada kaitan dengan pemerintah di Malaya. Jika rakyat SS ialah manusia, sudah tentu pemimpin di Malaya juga ialah manusia. Sila hormati Hak asasi Antarbangsa – dan Sila hormati hak Individu. Bagaimana rakyat menghormati pemimpin JIKA pemimpin sendiri menafikan hak asasi dan kemanusiaan untuk rakyat?
0 comments:
Post a Comment