Wednesday, October 22, 2014

Projek IC bermula lagi?

Kebangkitan para pejuang Nasionalis di Sabah dan Sarawak telah menakutkan persekutuan Malaysia sehingga Menteri Dalam Negeri (sekarang 2014) mungkin TERPAKSA menarik pekerja asing daripada kalangan Bangladesh untuk mengukuhkan empayar politk di semua negeri yang berada didalam jajahan Persekutuan Malaysia.

Analisa ini adalah berdasarkan kepada sejarah masa lalu mengenai projek IC yang wujud di Sabah yang mana kebanyakan IC (Identification Card) diberi kepada warga Bangladesh

Warga Bangladesh dipanggil untuk mengundi selepas diberi IC oleh para pemimpin yang rakus dengan PANGKAT dan KEDUDUKAN. Jenis pemimpin seperti ini tidak layak dipanggil pemimpin berkalibar kerana mereka MENGHASUTdan MENGHIANATIrakyat sendiri.

Ini merupakan salah satu taktik yang PINTAR-PINTAR bodoh untuk mengekalkan undian pada masa akan datang. Ini kerana kebangkitan para pejuang NASIONALIS di Sabah dan Sarawak melalui SSKM  boleh menumbangkan kerajaan Malaysia dalam masa beberapa tahun lagi. Ini menunjukkan bahawa KUASA RAKYAT lebih hebat daripada pemimpin.


Dr. Mmengaku yang dia juga telah memberikan IC kepada orang asing melalui saluran yang betul. Saluran yang betul ini juga dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri sekarang untuk menarik para pekerja Bangladesh ke Malaysia untuk jangka masa akan  datang. 

1 Juta warga Bangladesh merupakan jumlah yang sangat banyak. Jika benar apa yang dikatakan oleh Menteri dalam Negeri ini, maka tidak hairanlah JIKA persekutuan Malaysia tidak lagi memerlukan pekerja daripada SABAH dan SARAWAK lagi didalam sektor perindustrian atau mana-mana sektor yang berkaitan.


JIKA benar apa yang dikatakan, ini mungkin satu taktik untuk MENSABOTAJ para pekerja SABAH dan SARAWAK supaya tidak berada di Malaysia nanti. Ini kerana jika Sabah dan Sarawak menjadi sebuah NEGARA yang berpisah daripada MALAYSIA, mereka akan kekurangan pekerja daripada Sabah dan Sarawak untuk bekerja di Semenanjung Malaysia kerana mereka pasti akan balik ke tanah air masing-masing apabila tiba waktunya.

Bagi mereka yang tidak mahu berjuang bersama dengan para nasionalis Sabah dan Sarawak, mereka hanya menyaksikan Sabahan dan Sarawakian mencipta sejarah baru tentang kebangkitan PEJUANG SABAHAN dan SARAWAKIAN untuk negara tercinta.


Sabahan dan Sarawakian yang tidak berjuang bersama para Nasionalis, seboleh-bolehnya jangan membuat andaian negetif kerana perjuangan. Para nasionalis merupakan perjuangan untuk masa depan anak-anak Sabahan dan Sarawakian. Perjuangan Persekutuan Malaysia untuk Sabah dan Sarawak tidak sampai ke mana. 


51 Tahun Persekutuan Malaysia mengistiharkan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka TETAPI malangnya, Sabah dan Sarawak tidak pernah merdeka. Negara Sabah dan Sarawak masih kekal sebagai TANAH JAJAHAN MALAYA.


REFERENCE:


Putrajaya: Seramai 1.4 juta pekerja asing warga Bangladesh akan diberikan kad pengenalan khas yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan, termasuk pengenalan frekuensi radio (RFID), biometrik dan elemen kad debit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kad berkenaan akan mempunyai warna berbeza mengikut sektor pekerjaan bagi memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti pekerja terbabit. 

Kad ini mempunyai beberapa kemudahan termasuk kad pembelian barangan supaya mereka tidak membuang kad itu sewenang-wenangnya kerana mempunyai nilai kewangan.

“Kad ini juga menghalang pekerja daripada bertukar sektor kerana jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda RM12,000 (300,000 taka),” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerja Luar Negara Bangladesh, Khandker Mosharraf Hossain di pejabatnya di sini, semalam.

Zahid berkata, melalui sistem kerajaan dengan kerajaan juga, kedua-dua negara akan bekerjasama memberikan penempatan perumahan sementara kepada pekerja asing berkenaan. 



Posted: 3:42PM - 18 Sep 2011

Laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina hari ini menyiarkan laporan dengan memetik sumber yang mendakwa bahawa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

azlanPejabat Perdana Menteri Bangladesh itu dikatakan telah menerima pengesahan daripada sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia bahawa mereka diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lepas, lapor Bernama.

Menurut laman web itu, Hasina telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menurut sumber dengan kedudukan yang tinggi mendakwa Najib memberi jaminan menimbang isu itu ketika beliau (Hasina) berada di Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia 66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada bulan Mei 2010.

Sementara itu, agensi berita nasional itu juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan itu.

Sambil menolak dakwaan bahawa golongan itu juga diberi hak mengundi pada pilihan raya di Malaysia, Muhyiddin berkata kerajaan tidak perlu berbuat demikian apatah lagi jika ia dikaitkan dengan proses pilihan raya.

Katanya kerajaan tidak begitu terdesak sehingga perlu memberikan taraf kewarganegaraan semata-mata untuk meraih undi dan memastikan kemenangan pada pilihan raya akan datang.

azlan"Kita boleh minta penjelasan dari pihak Bangladesh apakah benar kenyataan itu dibuat oleh Perdana Menteri kerana dari segi soal kerajaan kita tidak buat begitu. Seseorang yang hendak jadi warganegara perlu melalui pelbagai proses, tempoh masa berapa lama dah berada di sini, sama ada dia betul-betul tahu keadaan di sini dan sebagainya sebagaimana yang biasa kita lakukan.

"Tidak ada kita bagi keistimewaan kepada warga Bangladesh. Apatah lagi dikaitkan dengan pilihan raya. Macam kita ini terdesak sangat nak minta orang seperti itu didaftarkan jadi warganegara dan nak suruh dia pergi undi. Kalaupun undi, dia masuk tong dan kita tak tau dia undi siapa pun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Nasional Parti Makkal Sakti Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Justeru, Muhyiddin berkata beliau akan meminta pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh menyemak perkara berkenaan sama ada ia benar atau tidak, lapor Bernama lagi.
Source: http://www.malaysiakini.com/news/176157

0 comments:

Post a Comment