Perjuangan SSKM sebenarnya TIDAK memihak dan TIDAK terlibat dengan mana-mana parti politik. Perjuangan SSKM sangat jelas iaitu meningkatkan kesedaran dan semangat PATRIOTISME dan NASIONALISME terhadap negara sendiri di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak (mengikut REFERENDUM 18/20 perkara) walau di mana saja mereka berada.
Saya akui memang masih ada yang tidak faham dengan perjuangan SSKM terutama sekali ahli politik yang berpengaruh sehingga melabel SSKM sebagai PENGHASUT. Seorang ahli politik sekurang-kurangnya berfikiran matang dan berpengetahuan dalam hal-hal kemanusiaan dan bukan bertindak melulu.
Jika mereka tidak faham dengan VISI dan MISI SSKM, mereka pasti tidak akan membuat tuduhan PALSU yang negetif sehingga memalukan mereka (Ahli politik) sendiri kerana tuduhan mereka tidak benar dan berbalik semula kepada mereka semula.
Ini memang sangat memalukan. Tuduhan palsu terhadap Doris Jones sebagai admin Anti semenanjung adalah tidak benar. Anda boleh melihat siapakah admin sebenar melalui Semenanjung Malaysia Anti Sabah dan Sarawak.
Terdapat beberapa fakta menarik yang dapat kita lihat melalui perjuangan SSKM.
01. Perjuangan ini dianggotai oleh penduduk di Sabah dan Sarawak- Mereka bergerak dari pelusuk kampung ke kampung yang lain. Mereka sedar bahawa perjuangan MALAYA ke atas Sabah dan Sarawak tidak sampai ke mana. Ia hanya memusnahkan Tamadun Manusia.
02. Sukarelawan dan sukarelawati yang berjuang didalam SSKM tidak pernah dibiayai oleh mana-mana individu, badan atau persatuan. Mereka menggunakan wang sendiri untuk bergerak. Kesedaran mereka timbul kerana mereka sendiri menjadi mangsa PENINDASAN.
03. Mereka dipanggil sebagai PEJUANG KEBANGSAAN kerana sanggup mempertahankan Hak Sabah dan Sarawak tanpa melibatkan hal POLITK tetapi kerana KEMANUSIAAN yang timbul dari dalam hati mereka untuk keluar daripada PENINDASAN Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).
04. Sabahan dan Sarawakian bukan sahaja berjuang di negara sendiri tetapi di mana-mana tempat di seluruh dunia seperti Indonesia, China, Singapura dan lain-lain tempat di dunia di mana sahaja Sabahan dan Sarawakian berada dan berhubung di antara satu sama lain melalui laman sosial seperti Facebook untuk berinteraksi di antara sesama didalam SATU hati tanpa sempadan.
05. Mereka bergerak sebagai individu ataupun dalam satu pasukan. Kerelaan mereka untuk memperjuangkan hak sebagai Sabahan dan Sarawakian wujud kerana kesedaran mereka timbul yang perjuangan hari ini ialah untuk generasi akan datang.
Para Pejuang NASIONALIS Sabahan dan Sarawakian sedang mencipta SEJARAH DUNIA supaya dunia tahu bahawa PENINDASAN dan KERAKUSAN Para pemimpin yang hanya mendapatkan WANG dan KUASA merupakan punca utama KEHANCURAN TAMADUN MANUSIA.
0 comments:
Post a Comment