Saturday, November 1, 2014

Isu PTI lagi? - Part 1

Baru-baru ini , kita dikejutkan oleh kerajaan mengenai 1 warga Bangladesh yang akan diberi IC yang 'special'. Mereka akan dibawa untuk bekerja didalam berbagai sektor di Malaysia sebagai pekerja yang sah, yang mempunyai dokumen sah yang lengkap.

Tidak lama selepas itu, kita diberitahu lagi bahawa anak-anak PTI yang tiada IC , akan diberi IC. Kerajaan melakukan hal ini atas dasar kemanusiaan. Taktik ini mungkin hanya untuk menipu negara Sabah dan Sarawak sahaja. Saya tidak pasti jika mereka mempunyai agenda lain tetapi lebih daripada itu, kita sudah muak dengan janji-janji kerajaan.

Saya tidak ingin politikkan ISU ini kerana ISU PTI itu sendiri adalah ISU POLITIK dan saya juga bukan AHLI politik. Jadi, saya tidak perlu katakan samada itu dipolitikkan atau tidak sebab kenyataan mengenai PTI itu sendiri adalah ISU POLITIK.

Ini bermaksud di Sabah ini masih banyak PTI yang berlindung. Saya tidak menyalahkan PTI 100% didalam hal ini kerana mereka tidak akan datang ke Sabah dan Sarawak tanpa sebab-sebab tertentu.

Kita tidak tahu apa yang sudah terjadi dengan PTI di Sabah dan Sarawak. Kemana mereka menghilang apabila POLIS membuat rondaan?. PTI ialah Pendatang Tanpa Izin yang merujuk kepada individu yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah sahaja. 

Saya meminta kepada semua Sabahan dan Sarawakian supaya tidak memanggil orang asing di negara kita masing-masing dengan panggilan PTI kerana mereka bukan semua PTI. Bukan semua orang asing yang bekerja di Sabah dan Sarawak ialah PTI.

Jika demikian, orang Inggeris yang bekerja di Sabah dan Sarawak tentu juga di anggap PTI kerana mereka ialah orang asing. Bagaimana dengan Orang GURKHA? Orang THAILAND? Kita mesti ubah cara fikir kita supaya kita jangan dijajah oleh minda negetif. Apabila kita dijajah oleh minta negetif, kita tidak akan dapat bergerak bersama dengan Para pejuang nasionalis yang lain kerana kita merasakan yang PTI tidak patut menandatangani PETITION itu tetapi kita harus dapat membezakan PTI atau bukan PTI.

Kebanyakan jenayah yang berlaku di Sabah dan Sarawak adalah disebabkan oleh PTI. Apabila diperiksa, mereka tiada dokumen yang sah atau dokumen mereka luput. Tetapi ada juga yang BUKAN PTI melakukan jenayah kerana cara hidup di negara mereka yang membunuh dengan suka-suka dibawa ke SS dan mereka melakukan jenayah tanpa takut.

Samada PTI atau TIDAK, yang melakukan jenayah itu lalah seorang manusia. Sikap manusia tidak sama, ada yg jahat dan ada yang baik tetapi mungkin kita semua berfikir bahawa yang melakukan jenayah itu ialah kebanyakannya PTI dan penjenayah itu ialah PTI.

Kenyataan yang saya keluarkan disini bukan bermaksud saya menyokong PTI tetapi kita harus belajar bagaimana membezakan PTI dan Bukan, bagaimana mengenal EMAS dan PERMATA, bagaimana mengenal LELAKI atau PEREMPUAN.
Kalau kita berfikir semua manusia didalam dunia ini ialah perempuan, barangkali kita ada masalah berfikir dan minda kita sedang dijajah oleh masalah kita sendiri. Maafkan saya untuk hal ini tetapi saya harus membuat teguran secara terbuka untuk diri saya juga, dan untuk kepentingan semua orang di luar sana.

Seandainya orang Inggeris yang bekerja di Sabah tidak mempunyai dokumen lengkap, sudah tentu mereka juga di anggap sebagai PTI. Jika kita berada di negara Brunei, Singapura atau mana-mana negara yang kita masuk tanpa melalui PROSEDUR dan dokumen lengkap, kita juga di panggil sebagai PTI.
PENDATANG TANPA IZIN - memang banyak di Sabah disebabkan mereka masuk melalui pintu belakang. Saya fikir, lebih baik jika anggota POLIS dari SABAH yang mengawal Sabah dan bukan anggota POLIS daripada semenanjung. Begitu juga di Sarawak.
Mengapa saya memberikan pendapat seperti itu? Fikir sendiri! Saya tidak akan terangkan disini tetapi yang pasti, polis Sabah lebih mahir dengan bentuk muka bumi di Sabah daripada Polis semenanjung kecuali mereka sudah lama bekerja di Sabah.
Satu juta Bangladesh akan dibawa masuk ke dalam negara SS. Mereka bakal diberi IC yang menjadikan mereka disayangi oleh kerajaan.

Di mana-mana tempat, di kedai kopi terutamanya, orang berbicara mengenai pemimpin Malaysia yang TIDAK adil dan memperbodoh-bodohkan rakyat dengan melakukan penindasan dengan berbagai cara. KETIDAKADILAN merupakan satu bentuk penindasan.

Sebagai rakyat negara Sabah dan Sarawak, saya terkilan dengan kenyataan kerajaan untuk menjadikan Sabah sebagai tanah jajahan Malaya. Kenyataan seperti itu dibuat oleh Dr. Mahatir untuk menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai jajahannya. - (Menurut Dr. Jeffery). Oleh kerana nasihat itu juga diberikan kepada pemimpin lain, maka setiap orang yang menjadi pemimpin di Malaysia, mempunyai minda seperti itu. (Jika pemimpin itu dari MALAYA)

Samada anda menyokong SSKM atau tidak, anda tetap berada didalam PENINDASAN , selagi anda warga Sabah dan Sarawak.

Saranan saya ialah kita teruskan perjuangan dan menyokong pergerakan SSKM di mana sahaja kita berada dan melakukan hal yang sama seperti yang dibuat oleh pejuang SS. 

Apa yang kita tahu sekarang ialah Kerajaan Malaysia yang telah melucutkan status Sabah dan Sarawak sebagai sebuah negara merupakan satu penghinaan kepada dunia juga kerana tidak menghormati perjanjian. 

Kita ditipu oleh kerajaan Malaysia. Setiap orang harus sedar bahawa Sabah dan Sarawak bukan negeri tetapi SEBUAH NEGARA. Kita juga harus sedar bahawa PERSEKUTUAN MALAYSIA (MALAYA) sudah 51 tahun menindas kita. 
Kemudian, JIKA ISU PTI tidak dapat diselesaikan, kerajaan cuba untuk MENIPU rakyat SS lagi dengan berjanji akan menghantar PTI balik ke negara mereka. Kita lihat ini satu permainan guli saja. KERAJAAN musnahkan harapan penduduk SS untuk hidup damai dengan melambakkan PTI di SS, dengan agenda dan tujuan sendiri- Ini sudah DIPOLITIKkan sehingga sekarang dan kini sudah 51 tahun. Baguslah jika PTI sudah berkurangan di Sabah tetapi ada cara lain untuk meramaikan UNDI iaitu 1 Juta Bangladesh (sini mari) untuk bekerja di Malaysia.

Kita berfikirlah dengan pandangan jauh. Kerajaan Malaysia memberikan apa yang mereka MAMPU beri kepada SS kerana itu sahaja yang mereka ada tetapi mereka akan beri kita hanya 1% daripada apa yang kita ada kerana yang kita ada PUN sudah dirampas. Anda masih leka? Masih tidur? BANGUNLAH SABAHAN DAN SARAWAKIAN. JANGAN BERTENGAR SESAMA SENDIRI. BERSATULAH KITA. Bawalah sesiapa untuk MENANDATANGANI petition itu.

0 comments:

Post a Comment