Sebagai seorang PEJUANG Sabahan dan Sarawakian, kita harus tahu maksud JOIN THE FIGHT semasa membuat PUNGUTAN TANDATANGAN dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Mana-mana sukarelawan dan sukarelawati yang sama-sama membantu untuk mendapatkan tandatangan, kita ada HAK untuk melakukan PENDAKWAAN terhadap mana-mana individu yang cuba untuk mengancam keselamatan KITA semasa berhimpun atau mempromosikan keamanan.
Barisan PEGUAM juga akan sentiasa BERSIAP sedia untuk melakukan PENDAKWAAN terhadap mana-mana INDIVIDU atau MEREKA yang menghalang PERGERAKAN kita kerana kita berada di PIHAK yang benar.
Kita bukan MEROMPAK atau MELAKUKAN HURU-HARA atau apa-apa yang berkaitan dengan KESELAMATAN. Tidak sama sekali!.. Kita hanya memperjuangan KEADILAN dan KEBENARAN!!
HAK untuk JOIN the FIGHT ini bermaksud kita sebagai PEJUANG KEBANGSAAN tidak bersalah untuk memberitahu semua orang TENTANG KEBENARAN. Kita bukan memberitahu yang BOHONG atau PALSU kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Sejarah sebenar di Sabah dan Sarawak telah DIPALSUKAN oleh Persekutuan Malaysia (MALAYA) dan mereka yang sebenarnya MENIPU kita.
Jika MALAYA JUJUR memerintah, IKHLAS dan TIDAK MENIPU: TIDAK akan ada PROJEK IC, Rampasan TANAH, PENGHAPUSAN ETNIK, PEMALSUAN SEJARAH sebenar Sabah dan Sarawak, Melanggar perjanjian 1963, MENGAUT keuntungan MINYAK yang diambil dari SABAH dan SARAWAK melebihi daripada apa yang di sarankan (INI DIPANGGIL PENCURI) dan lain-lain yang berkaitan dengan PENINDASAN yang dilakukan oleh kerajaan MALAYA.
Mereka melakukan PENINDASAN ini selama 51 TAHUN sehingga sekarang dan JENAYAH yang dilakukan oleh MALAYA ini ialah JENAYAH ANTARABANGSA kerana ia melibatkan penduduk negara Sabah dan Sarawak, KEMANUSIAAN tentang HAK ASASI manusia DILANGGAR . Anda masih BERDIAM diri dengan KEKEJAMAN dan PENINDASAN ini? Jika anda FIKIR tidak TERTINDAS, anda mementingkan DIRI SENDIRI atau TIDAK mengambil tahu tentang keadaan yang berlaku di Sabah dan Sarawak. kita mesti BANGUN!!, Kita adalah PEJUANG KEBANGSAAN!
MEMALSUKAN sejarah sebenar SABAH dan SARAWAK merupakan PENDIDIKAN yang SALAH. Mereka memberitahu sejarah yang salah kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Seandainya pemalsuan ini berterusan, mereka sedang MENIPU generasi akan datang dengan PENDIDIKAN yang tidak betul dan berselindung di sebalik nama MALAYSIA.

Pihak SSKM-SSU(UK) sentiasa bersiap sedia sebagai STANDING-GUARD dalam JOIN the FIGHT. Ini kerana PERJUANGAN terhadap rakyat Sabah dan Sarawak adalah PERJUANGAN yang SANGAT SERIUS. Bukan sekadar melepaskan BATUK di tangga atau HANGAT-HANGAT TAHI AYAM atau TAHI kambing.
Kita mewakili rakyat Sabah dan Sarawak yang TERTINDAS dan kita menyelamatkan orang yang tidak TERTINDAS . KITA MEWAKILI suara rakyat. Apabila kita mewakili suara RAKYAT, bermakna TUGAS yang kita lakukan lebih daripada tugas seorang YB sebab kita tidak berpolitik.
Saya berterima kasih kepada DR. Jeffery kerana dia merupakan salah seorang PEJUANG SABAHAN dan SARAWAKIAN yang mempunyai semangat yang KENTAL. DORIS JONES juga melakukan hal yang sama. Doris Jones ialah seorang wanita yang berani memperjuangkan hak-hak Sabahan dan Sarawakian. Dia juga mewakili banyak negara sebagai SOLIDARITY kepada kepada rakyat yang tertindas di negara lain.
Apa yang kita buat sekarang ini bukanlah melawan kerajaan TETAPI kita inginkan KEADILAN. Kita mahu kerajaan mendengar SUARA kita yang sudah 51 tahun TIDAK dibela. Rakyat Sabah dan Sarawak yang ditindas dengan rampasan Tanah, Soal pekerjaan, Sumber alam seperti MINYAK, KAYU BALAK, AGAMA , PENDIDIKAN (Sejarah SABAH diseleweng) , PERLANTIKAN JAWATAN yang tidak adil dan hal-hal lain yang berkaitan.
Saya TIDAK ingin mengulas tentang rakyat di Semenanjung Malaysia . Mereka yang faham dengan keadaan di Sabah dan Sarawak, mereka akan tahu terutama mereka yang berkhawin dengan orang Sabah atau orang Sarawak. Orang Semenanjung yang tidak pernah ke Sabah tidak tahu keadaan sebenar. Kami mahu anda memahami apa yang kami alami.
Masa kita didalam dunia ini sangat singkat. Kita lakukan apa sahaja yang dapat kita buat untuk anak-anak kita. Jangan hairan jika satu hari nanti, anak kita merempat di negara orang kerana kita tidak berbuat apa-apa. Saya faham juga, kita tidak harus manjakan anak kita tetapi kita yang harus menjadi contoh yang pertama selain orang lain. Kita akan melakar sejarah di SABAH dan SARAWAK untuk generasi akan datang.
0 comments:
Post a Comment