This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, November 24, 2014

Kenyataan rasmi SSKM-SSU berhubung kenyataan Khairy

Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) berhubung dengan kenyataan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (UMNO) untuk "Menentang Pihak Manipulasi Perjanjian Malaysia"

Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones, mewakili Kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), yang bergerak dibawah naungan Sabah Sarawak Union (SSU)-UK, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar secara SAH dibawah Bidang Perundangan United Kingdom of Great Britain and Northen Irland (UK), ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan satu kenyataan yang telah dibuat oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Negara Sarawak pada 23 November 2014. Dalam kenyataannya yang disiarkan melalui berita online di The Malaysian Insider, ia mendakwa bahawa "Pemuda BN sedia tentang pihak manipulasi Perjanjian Malaysia".

Antara hujah-hujah pendeknya ialah "Pemuda Barisan Nasional (BN) terus komited untuk menegakkan Perjanjian Malaysia 1963 bagi memastikan tiada pihak cuba memanipulasikannya khususnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang"[1]. Ditambahnya lagi bahawa "anggotanya akan dilengkapi pemahaman penuh berhubung dengan perjanjian itu"[2].

Dalam kenyataannya juga, ia adalah bertujuan untuk "menangkis cubaan pihak yang cuba menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak"[3]. Selain itu juga, dia berkata "kita komited kepada perjanjian yang dibuat untuk menubuhkan Malaysia. Malaysia ini ditubuhkan oleh Semenanjug (Tanah Melayu), Sabah dan Sarawak. Bukannya Sabah dan Sarawak yang menyertai Malaysia"[4]. Dan yang terakhir dalam hujah pendeknya ialah "Kita tahu dan kita akan menegakkan segala perjanjian dan segala persetujuan dibawah tema gagasan Malaysia"[5].

Pertama [1], saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana telah menyatakan pendirian dengan jelas sekali untuk menegakkan Perjanjian Malaysia 1963. Untuk itu, saya ada beberapa soalan kepada anda yang perlu dijawab dengan jujur iaitu adakah Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang diguna pakai oleh kerajaan persekutuan malaysia sekarang ini adalah Perlembagaan baru yang lahir pada 16 September 1963 ataupun merupakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) 31 Ogos 1957 yang telah diadaptasi dengan menambah, menolak, mengubah dan sebagainya? 


Persekutuan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, adakah akta hasutan 1948 itu boleh digunapakai dalam kerajaan Persekutuan Malaysia apatah lagi keatas rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak? Pernahkah "malaysia" itu merdeka? Berapa tahun sudahkah persekutuan malaysia ini terbentuk?

Kedua [2], anggota anda akan dilengkapi pemahaman penuh berhubung dengan perjanjian dalam konteks apakah pemahaman itu? Adakah dalam konteks pemahaman bahawa Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk persekutuan malaysia sekadar untuk menjadi setaraf dengan 11 buah negeri-negeri malaya ataupun sebagai salah satu rakan kongsi (negara) dalam pembentukkan persekutuan malaysia ini? 


Jikalau anda mengatakan hanya untuk menjadi "negeri-negeri" yang ke-12 dan yang ke-13, adakah terdapat wakil-wakil kerajaan negeri malaya yang bersama-sama mendatangani Perjanjian Malaysia pada 9 Julai 1963? Ataupun hanya kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) sahaja yang bersama dengan rombonganya menandatangni perjanjian tersebut?

Ketiga [3], Saya mengakui bahawa saya bertanggungjawab penuh dalam menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak kerana apa yang dituntut itu sememangnya adalah Hak Mutlak Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. 


Adakah anda ingin bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak bergembira apabila Hak yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia itu tidak dihormati dan dilanggari? Rasa tidak puas hati itu timbul apabila pihak kami dan juga kumpulan-kumpulan NGO yang lain telah memberikan kesedaran melalui bentuk pendidikan dan pendedahan fakta sejarah berbukti yang selama ini telah disembunyikan dengan niat jahat. Bolehkah saya katakan kepada mereka untuk "bergembira" setelah mereka tahu hak yang sepatutnya mereka nikmati, penjanjian yang semestinya dihormati itu tidak berlaku seperti mana yang telah dipersetujui pada tahun 1963?

Keempat [4], kenyataan seperti ini sudah lama kedengaran selama 51 tahun termasuk tahun ini. Namun, kenyataan tetap kenyataan yang tidak pernah berakhir, dan hanya dilakukan pada mulut tetapi tidak kepada tindakan. Persekutuan Malaysia ini telah dibentuk oleh empat buah Negara yang Merdeka dan Berdaulat iaitu Negara Sabah, Negara Sarawak, Negara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). 


Persoalannya, dimanakah sudah kerajaan persekutuan tanah melayu menghilang? Apakah pula definisi "persekutuan" dalam perlembagaan persekutuan malaysia? Adakah ia merujuk kepada definisi Persekutuan yang telah ditubuhkan pada 16 September 1963 ataupun definisi Persekutuan yang telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957?

Kelima [5], jikalau benar anda tahu dan mahu menegakkan semula perjanjian malaysia ini, bolehkah anda sebagai menteri dalam kerajaan persekutuan malaysia ini mengusulkan dalam dewan parlimen pada tahun hadapan untuk mengkaji semula perjanjian malaysia? 


Ini kerana perjanjian malaysia yang ada sekarang masih menyatakan bahawa Negara Singapura masih sebagai anggota dalam persekutuan malaysia. Kita semua sedia maklum bahawa Negara Singapura telah menarik diri (bukan dikeluarkan) daripada persekutuan malaysia. Seharusnya sebuah Perlembagaan Persekutuan Malaysia diwujudkan untuk meramkumkan 4 (kini tinggal 3) buah kuasa kerajaan dalam Persekutuan Malaysia dan bukan 14 kuasa seperti yang wujud sekarang. Bolehkah ini semua dilakukan melalui jaminan dan tindakan anda selaku menteri persekutuan malaysia?

Segala jawapan anda akan ditakrifkan sebagai jawapan penuh kerajaan persekutuan malaysia kerana anda mewakili kerajaan persekutuan malaysia telah membuat kenyataan seperti ini, maka jawapan kepada persoalan ini seharusnya dan semestinya mewakili kerajaan persekutuan malaysia dan bukan atas kapasiti individu.

Kenyataan susulan berhubung dengan persoalan ini akan dikeluarkan sebaik sahaja anda (khairy) menjawab segala persoalan ini dengan jujur.

Harap maklum.


Saturday, November 22, 2014

Aktiviti katak di bawah tempurung

Saya FIKIR mana-mana negeri yang berusaha untuk MENYEKAT blog sskm ialah sedang BERSEMBUNYI seperti KATAK DI BAWAH TEMPURUNG. Saya setuju jika kerajaan MENYEKAT BLOG LUCAH atau BLOG SEKS daripada di AKSES oleh rakyat MALAYSIA tetapi menyekat BLOG SSKM hanya akan MENAMPAKAN KETIDAKBENARAN yang mereka lakukan kepada NEGARA SABAH dan SARAWAK.

Apabila MALAYA tertekan dengan SSKM, mereka mulai membuat huru-hara dalam diam. Mereka menyekat mana-mana laman web atau blog yang memberitahu KEBENARAN tentang mereka dengan TUJUAN untuk menyembunyikan SEJARAH Sabah dan Sarawak daripada diketahui oleh orang lain.

Bagi saya, tindakan MALAYA berbuat demikian ialah bertujuan supaya menutup MINDA RAKYAT Malaysia supaya MALAYA terus menerus MENYEMBUNYIKAN kebenaran yang telah mereka lakukan selama 51 tahun kepada SS sehingga sekarang. 

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa KEDUDUKAN MALAYA sekarang sudah  TERANCAM walaupun SSKM tidak mengancam. Mereka mahu supaya SEMUA rakyat di Malaysia jadi BODOH.

Taktik kerajaan menyekat blog http://sabahsarawakmerdeka.blogspot.com/ daripada dilihat oleh ORANG RAMAI ialah TAKTIK untuk MELUPUSKAN BUKTI. Adakah SSKM melanggar undang-undang negara? Jika SSKM melanggar undang-undang negara, apa undang-undang yang dilanggar? Undang-undang melanggar undang-undang?

SSKM tidak mahu KEBENARAN tentang SABAH dan SARAWAK disembunyikan. JIKA disembunyikan, nanti MALAYA akan menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai TANAH JAJAHAN berterusan dan membodohkan GENERASI yang akan datang.

FIKIRKAN lah. Jika blog SSKM terus menerus disekat, mereka sebenarnya SEDANG MENJEJASKAN UNDIAN. Jadi, fikir-fikirkan lah. Walaupun pergerakan SSKM tidak terlibat dengan POLITIK tetapi ahlinya mungkin terlibat untuk mengundi. Rakyat tahu siapa yang mereka akan UNDI nanti.
Memang benar, Sabah dan Sarawak TIDAK masuk Dan TIDAK KELUAR dari MALAYSIA kerana SABAH dan SARAWAK tidak pernah masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak hanya DIBENTUK untuk menjadi NEGARA yang sama TARAF, bukannya diPERGUNAKAN oleh MALAYA untuk MENGAUT KEUNTUNGAN. KEBENARAN ini disembunyikan OLEH MALAYA dengan MENYEKAT BLOG SSKM? 
Kalau INGIN terus MENJADI KATAK, lakukan SEKATAN . Kalau INGIN mendengar KEBENARAN, buatlah perubahan untuk rakyat NEGARA SABAH dan SARAWAK, bukan BERSEMBUNYI seperti KATAK DI BAWAH TEMPURUNG.

Thursday, November 20, 2014

SSKM tidak berjuang untuk PARTI

Diharapkan supaya para pemimpin yang menyokong SSKM menjadi rakyat biasa dan bukan atas nama Parti. Ini kerana kami tidak terlibat dengan mana-mana parti tempatan. Perjuangan SSKM juga bukan untuk parti POLITIK tetapi untuk Hak Rakyat SS. 

Kami menyokong mana-mana KENYATAAN pemimpin yang bergerak bersama SSKM tetapi kami tidak mewakili PARTI. SSKM bukan parti tetapi untuk HAK Sabah dan Sarawak.

Kami juga menyokong mana-mana menteri yang berjuang untuk Hak Sabah dan Sarawak tetapi kami tidak akan menyentuh mengenai parti yang  ada tetapi hanya KENYATAANnya untuk  membela hak Sabahan dan Sarawakian.

Kami juga TIDAK mahu para pemimpin mengambil kesempatan untuk MEMPROMOSIkan PARTI melalui SSKM kerana ini sudah pasti bertentangan dengan PERJUANGAN SSKM itu sendiri untuk rakyat Sabah dan Sarawak dan bukan untuk PARTI. 

Jika anda mempunyai masalah yang berkaitan dengan PARTI, jangan minta SSKM bantu menyelesaikan masalah TETAPI mintalah KETUA didalam parti anda menyelesaikannya. 

Apapun yang berkaitan dengan parti, setiap individu ada hak bersuara mengenai PARTI tetapi SSKM tidak semestinya mewakili PARTI. PARTI di Sabah, Sarawak atau Semenanjung Malaysia, TIADA kena mengena dengan perjuangan SSKM. 

Mana-mana parti yang BERJUANG untuk hak Rakyat Sabah dan Sarawak, tidak bererti parti mereka ialah untuk SSKM. SSKM ialah SSKM, sama sekali tiada kaitan dengan mana-mana PARTI, malahan MENJATUHKAN parti lain pun LANGSUNG TIADA KENA MENGENA.


JADI, jangan kaitkan SSKM dengan PARTI. Parti yang anda masuk, itu hak anda, jangan gabungkan PARTI anda dengan SSKM. Sebab apa yang disokong oleh SSKM ialah kenyataan INDIVIDU itu dan BUKAN partinya.

keluar daripada penjajahan Malaya


Banyak PERKARA sulit yang disembunyikan oleh Persekutuan Malaysia SEJAK perjanjian MALAYSIA 1963. Rahsia SULIT itu tidak dapat disembunyikan kerana SSKM akan membongkarnya satu persatu jika perlu.

Ini sudah tentu akan mendapat tentangan HEBAT daripada PARTI politik di bawah PIMPINAN MALAYA. Banyak UGUTAN dan ANCAMAN dibuat tetapi kami tidak akan gentar kerana  kami berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan RELA dan MEMBERIKAN kesedaran kepada semua rakyat BORNEO tentang NIAT baik untuk MENUNTUT supaya persekutuan Malaysia memberikan ruang kepada rakyat BORNEO untuk bernafas sendiri  tanpa di jajah oleh Malaya.

Jika ruangan itu diSEKAT, bermakna keputusan untuk KELUAR dari TANAH JAJAHAN MALAYA adalah MUKTAMAD. Borneo Utara masih dalam jajahan MALAYA. Ini bermaksud, 51 tahun MALAYA menyembunyikan sesuatu kepada rakyat BORNEO. 

Memang sangat memalukan kerana Malaya yang selama ini masuk campur ke atas pemerintahan di Borneo Utara ialah kerana ingin mengambil ALIH pemerintahan di Borneo untuk mengaut sumber alam Borneo Utara.

PEMALSUAN identiti RAKYAT BORNEO kepada NEGERI ialah satu TINDAKAN yang tidak seharusnya berlaku. Jika betul dan benar Malaya membantu rakyat BORNEO UTARA, tidak akan ada ISTILAH Sabah dan Sarawak sebagai TANAH JAJAHAN MALAYA.

Jika MALAYA menyembunyikan RAHSIA sulit kepada rakyat BORNEO, kami juga akan menyembunyikan rahsia MALAYA tetapi KAMI tidak akan TAHAN rahsia sulit itu kerana DUNIA sedang menunggu dan tertanya-tanya, apakah sebenarnya kandungan di sebalik rahsia itu. Haruskah DUNIA tahu rahsia sulit itu? Pertanyaan itu ada didalam fikiran  masing-masing. Jika mereka tidak dapat menjawab SOALAN ini, maka anda sedang dalam JAJAHAN MALAYA.

Adakah saya harus mengatakan bahawa MALAYA ialah PERAMPAS TANAH BORNEO? tetapi perkataan ini mungkin tidak begitu sedap didengar?. Saya meminta maaf dengan perkataan itu.

Apa yang PASTI ialah kami sangat SERIUS untuk KELUAR daripada PENJAJAHAN MALAYA. Tiada ISTILAH menghasut kerana KAMI tidak berminat lagi dengan cara PEMERINTAHAN MALAYA. Rakyat Borneo Juga diugut supaya KELUAR dari MALAYSIA jika tidak suka dengan SISTEM di Malaysia. Ingin keluar daripada PENJAJAHAN MALAYA kerana tidak TAHAN dengan PENINDASAN. Ini tidak dikira sebagai MENGHASUT kerana Malaya yang bersalah terhadap rakyat Borneo, Bukannya rakyat Sabah dan Sarawak yang bersalah terhadap MALAYA.

JIKA ini dikategorikan sebagai MENGHASUT, MALAYA sedang melakukan PENDERAAN MENTAL secara PSYCOLOGY kepada rakyat SS. Tindakan KEJAM Malaya ini sangat berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sebab itu , keputusan KAMI untuk keluar daripada MALAYSIA adalah atas nasihat pemimpin yang TIDAK BERKALIBAR juga. Walaupun tidak berkalibar TETAPI kami amat serius dengan perkataan mereka sebab ISU SABAH dan SARAWAK  keluar daripada MALAYA (Yang bermaksud keluar daripada PENJAJAHAN MALAYA) adalah keputusan rakyat BORNEO. Jadi, Malaya harus melepaskan kami kerana MALAYA tiada hak ke atas BORNEO UTARA lagi.

Wednesday, November 19, 2014

Tiada paksaan untuk goPETITION

Photo credit to gracehopper.org
Anda tidak DIPAKSA untuk menandatangani GOpetition didalam SSKM. Kami tidak akan memaksa anda menurunkan tandatangan. Setiap ahli SSKM-SSU(UK) yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain TIDAK SEMBARANGAN meminta tandatangan daripada mana-mana individu.


Kami mempunyai GARIS PANDUAN dan ETIKA tersendiri. Kami tidak sembarangan atau KAMI tidak pernah memaksa sesiapa untuk menandatangai PETITION itu. Ini kerana kami menghormati HAK INDIVIDU, samada YA atau TIDAK untuk menandatangai PETITION itu, bukan HAK KAMI.

Kami akan memberikan PENERANGAN terlebih dahulu tentang VISI dan MISI SSKM dan memberitahu mereka tentang HAK mereka untuk BERSUARA sebagai SABAHAN dan SARAWAKIAN.

KAMI memberikan kenyataan ini kerana kami TIDAK mahu orang TERTEKAN. Kami mahu juga supaya kerajaan jangan MENINDAS KAMI yang bersuara untuk membuat TUNTUTAN kerana kami hanya MENUNTUT keadilan untuk SABAH dan SARAWAK yang di tindas oleh SYSTEM yang dibuat oleh MALAYA.

Kami juga TIDAK meminta apa-apa bayaran sebagai HARGA KERTAS kerana kami PRINT dengan wang kami sendiri kerana TUGAS kami sebagai SUKARELAWAN dan SUKARELAWATI adalah untuk membawa setiap orang yang KAMI jumpa supaya bersama-sama untuk JOIN THE FIGHT.

JIKA anda sesiapa yang MEMINTA BAYARAN kerana menandatangai PETITION SSKM, sila laporkan kepada kami seSEGERA yang mungkin. KAMI adalah pejuang NASIONALIS yang sukarela bersama dengan yang lain berjuang untuk HAK SABAH dan SARAWAK.

Kami SUKARELA untuk bersama-sama untuk JOIN the FIGHT atas kesedaran kami sebagai rakyat BORNEO yang DITINDAS oleh kerajaan PUSAT.

MALAYA menyamar menjadi MALAYSIA?


Rakyat BORNEO Menuntut dan MEMINTA supaya kerajaan berhenti MEMALSUKAN sejarah Sabah dan Sarawak dan BERHENTI MENGHIANATI rakyat BORNEO supaya TIDAK MEMALSUKAN IDENTITI Taraf Sabah dan Sarawak sebagai sebuah NEGARA yang BERDAULAT. 

 Tuntutan ini adalah atas DASAR kemanusiaan dan atas DASAR HAK BERSUARA. Setiap orang mempunyai HAK bersuara dan KERAJAAN sepatutnya mendengar HAK kami sebagai rakyat BORNEO. 

Tindakan MEMALSUKAN IDENTITI sebenar STATUS BORNEO merupakan HASUTAN kepada rakyat BORNEO. Ini kerana rakyat BORNEO seolah-olah kehilangan IDENTITI sebenar mereka kerana mereka terperangkap dengan perkataan MALAYSIA dan RAKYAT MALAYSIA. Jika MEREKA ialah rakyat BORNEO, jadi siapa yang menjadi RAKYAT MALAYSIA dan siapa yang BERADA DI MALAYSIA?

Malaysia hanyalah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU yang menyamar menjadi MALAYSIA. Samaran yang digunakan oleh PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ini mengelirukan rakyat BORNEO. 

Tafsiran Perlembagan MALAYSIA didalam ARTIKEL 60 menerangkan bahawa Persekutuan ditubuhkan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. 

Oleh kerana BORNEO UTARA tidak TERTAKLUK dan TIDAK TERIKAT kepada ARTIKEL 60, maka Persekutuan Tanah Melayu (MALAYA) tiada HAK ke atas SABAH dan SARAWAK kerana BORNEO UTARA tidak dibentuk melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. 

BORNEO UTARA dibentuk mengikut perjanjian 1963 dan bukan perjanjian 1957. Saya tidak  mendapati fakta ini didalam sejarah Malaysia. Fakta ini lah yang sebenarnya diPALSUKAN oleh MALAYA dengan MENIADAKAN SEJARAH sebenar Sabah dan Sarawak.
Jadi, MALAYA meniadakan PERJANJIAN 1963 dengan TUJUAN supaya dapat menjadikan BORNEO UTARA sebagai TANAH JAJAHAN baru. Tujuan rampasan itu ialah untuk menakluki MINYAK dan TANAH-TANAH di Sabah. Mereka mempergunakan pemimpin tempatan melalui parti POLITIK di BORNEO.
TAKTIK dan CARA jajahan ini cukup jelas. Para pemimpin terdahulu yang cuba untuk  menuntut semula HAK mereka yang telah di ambil oleh MALAYA tidak dapat sebab rakyat borneo diberitahu yang Sabah dan Sarawak ialah Malaysia dan sesiapa yang cuba mengeluarkan kenyataan untuk membuat tuntutan terhadap hak rakyat borneo, mereka akan dikenakan HASUTAN, lebih teruk lagi dengan AKTA ISA, terus masuk penjara tanpa BICARA. 

Akta ISA dan AKTA hasutan ialah akta yang hanya menahan orang bersuara dan bersifat MENINDAS. Jika AKTA ini seorang manusia, ia tentu memiliki FAHAMAN seperti SEORANG KOMUNIS. 

Rakyat Borneo DILARANG untuk bersuara. Sabah dan Sarawak ini seperti PENJARA kepada rakyat BORNEO, diberi kebebasan berjalan ke sana kemari tetapi KAKI mereka di ikat oleh AKTA. Ini juga satu penindasan yang TIDAK BERHATI PERUT.

Sekarang anda tahu siapa yang sebenarnya menghasut? Sejak dari dulu lagi, rakyat Borneo DI HASUT untuk tidak bersuara supaya MALAYA dapat MERAMPAS kekayaan SABAH dan SARAWAK dengan mudah tetapi NAMPAKNYA , taktik MALAYA untuk menjajah BORNEO UTARA sudah dihidu oleh INTELLIGENT BORNEAN TEAM (IBT).

Saturday, November 15, 2014

Mesej untuk anti-SSKM

Artikel pendek saya kali ini ialah mengenai MESEJ untuk semua  ANTI-SSKM, tidak kira mereka daripada golongan BERADA atau yang meskin, orang yang berpengaruh atau tidak, orang yang sombong atau rendah hati, pendek kata mesej ini ditujukan untuk mereka yang tidak suka dengan pergerakan SSKM.

Saya suka mengingatkan semua PENGINTIP dan YANG ANTI-SSKM supaya jangan memberikan maklumat PALSU mengenai SSKM kepada orang ramai.

Seperti yang anda tahu, sskm mempunyai VISI dan MISI tersendiri, bukan wujud tanpa ada DASAR atau KEYAKINAN yang KUKUH. 

Jika anda salah memberikan INFO kepada orang ramai mengenai SSKM, maka kami tidak akan bertanggungjawab SAMA SEKALI dengan apa yang anda lakukan.

Kami juga TIDAK bertanggjungjawab dengan tindakan anda jika anda ingin menyebarkan fahaman yang PALSU mengenai SSKM. SSKM tidak menyebarkan FAHAMAN PALSU. Jika anda INGIN menyebarkan FAHAMAN atau MEMOSONGKAN perjuangan SSKM, itu bukan matlamat SSKM sebenar.

Ini bererti anda harus bertanggungjawab dengan perkataan anda. Kami TIDAK mahu terlibat dengan DOSA-DOSA BOHONG yang anda lakukan. Apa yang kami lakukan ini ialah mengenai KEBENARAN dan FAKTA.

DOSA-DOSA BOHONG yang anda BUAT, anda harus menanggungnya sendiri dan jangan libatkan kami. Kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk memberitahu rakyat BORNEO UTARA tentang HAK mereka didalam MALAYSIA dan hak mereka sebagai rakyat yang mempunyai kebebasan bersuara.

Tetapi kami juga tidak menghalang anda jika benar anda tidak suka  dengan SSKM kerana kami sentiasa menghormati HAK anda untuk BERBOHONG tetapi kami tidak bertanggungjawab dengan hak anda. Hak untuk berbohong adalah MILIK ANDA, bukan milik kami. 

Majlis Raja-raja Melayu vs SSKM

Kita tidak perlu mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-raja Melayu di Semenanjung JIKA ingin keluar daripada Malay-sia kerana Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah. Jika sah, mengapa banyak perkara yang terabai didalam perkara 1 - 20 dan  perkara itu tidak dipedulikan oleh persekutuan Malaysia?
 
Mereka PURA-PURA tidak tahu dengan perjanjian itu supaya rakyat Sabah dan Sarawak jadi BODOH. Ini satu  bentuk penjajahan yang tidak sepatutnya diterima untuk rakyat SS.

Mereka masih menjajah rakyat Borneo dengan mengaut semua keuntungan kedua-dua buah negara ini. Perjanjian itu diBATALkan oleh Malaya. Mereka menganggap Sarawak dan Sabah tidak layak menjadi sebuah NEGARA yang berdaulat. Mengapa MALAYA tamak dan berNIAT jahat terhadap rakyat SS? 
Jika perjanjian 1963 SAH, mengapa Malaya menurunkan SABAH dan Sarawak sebagai sebuah NEGERI ? Jika SAH, mengapa Hak tanah Sabah dan Sarawak di ambil alih oleh Malaya? Termasuk minyak Sabah. 5% untuk Sabah dan 95% diambil oleh MALAYA. Adakah ini adil?
Jika rakyat Borneo menuntut hak tanah, Malaya mengatakan , ITU MILIK KERAJAAN . Siapakah sebenarnya KERAJAAN? MALAYA atau Negara SS? Jika benar Sabah dan Sarawak mempunyai kerajaan sendiri, mengapa MALAYA campur tangan dengan pentadbiran negara SABAH dan SARAWAK?
Laungan kemerdekaan Tungku Abdul Rahman merupakan sejarah yang paling unik tetapi di sebalik laungan itu, apakah ada yang sedar bahawa persekutuan Malaysia sedang dalam proses untuk membunuh kepercayaan rakyat BORNEO UTARA kepada MALAYA dengan meniadakan perjanjian 1963, dengan mewujudkan satu BUKU untuk dipelajari seperti 'SEJARAH MALAYSIA' supaya mata penduduk SS jadi kabur.
Saya suka belajar sejarah Malaysia tetapi apabila saya sedar , satu perkara yang telah DIHILANGKAN oleh Malaya ialah SEJARAH BORNEO , seperti tidak wujud di Malaysia.
Saya belajar dari MUZIUM mengenai Sejarah SS mengenai KEBUDAYAAN tetapi masalahnya, mengapa tiada buku teks untuk sejarah Sabah? Adakah anda fikir tentang hal  itu? Anda carilah di mana-mana kedai buku, sejarah sebenar SS tidak ada. Sejarah SS yang ditiadakan. Ini menunjukkan bahawa Malaya mempunyai NIAT JAHAT untuk menyembunyikan sesuatu kepada semua rakyat di BORNEO.

Saya bukan membenci MALAYA. Saya tidak pernah benci dengan mereka tetapi saya rasa MALAYA (Pemimpin di persekutuan Tanah Melayu) tidak ikhlas dengan rakyat di Borneo. Terus terang saya katakan, parti politik dari Malaya yang masuk ke Sabah dan Sarawak hanya bertujuan untuk menjajah Borneo dan seterusnya melanggar perjanjian Malaysia 1963.

Kami ingin supaya hak kami di BORNEO dikembalikan semula. Penindasan yang dilakukan oleh MALAYA harus dihentikan kerana ini adalah satu JENAYAH MENINDAS. Jika jenayah itu berkaitan dengan rakyat di negara BORNEO, ini sudah tentu JENAYAH ANTARABANGSA. MALAY harus berhenti membuat penindasan ke atas rakyat BORNEO.

Penangkapan Nasionalis ialah permulaan kehancuran Malaysia

Penangkapan para NASIONALIS kebangsaan SABAH dan SARAWAK merupakan satu PERMULAAN kepada kehancuran MALAYSIA. Ini kerana rakyat tidak akan berdiam diri dengan sebarang ugutan dan ancaman daripada Malaya. Rahsia persekutuan Malaysia akan dibongkar SATU perSATU jika ANCAMAN dari mana-mana ahli politik berterusan menindas para NASIONALIS.


Gambar di atas ini merupakan fail yang telah disimpan rapi dan diketegorikan sebagai "TOP SECRET" di Arkib England mengenai Pembentukan Persekutuan Malaysia (Suruhanjaya Cobbold, etc). Ia disimpin dalam kategori "RAHSIA" selama 31 tahun dan pada tahun 1994 barulah file ini boleh didedahkan.Sekarang sudah 2014.
Dunia akan melihat kebangkitan NASIONALISME KEBANGSAAN negara Sabah dan Sarawak yang semakin membara dan  membakar di setiap pelusuk. Orang tidak akan nampak bahang itu didalam perhimpunan tetapi didalam setiap HATI rakyat semua orang yang berjuang untuk menuntut HAK mereka sebagai rakyat.
Apa yang saya katakan mengenai permulaan kehancuran MALAYSIA ialah kerana sekiranya para nasionalis di tangkap, dunia akan mencabar kerajaan MALAYSIA dan MENGUTUK semua pemimpin yang berdiam diri kerana TIDAK bertindak untuk membela rakyatnya.
Apakah ertinya bagi saya berada di Sabah dan Sarawak jika saya MERINTIH di negara sendiri? 51 tahun sudah cukup lama. Apakah persekutuan Malaysia TIDAK peduli dengan laungan SUARA RAKYAT di benek hati mereka? Mata, tangan dan hati bukan sekadar berjalan, melihat, merasa atau menyentuh tetapi semua anggota akan turut merasa sakit jika salah satu daripada anggota itu dipatahkan.
Rakyat SS hanya menuntut HAK yang yang telah disembunyikan dan di ambil oleh Malaya supaya rakyat SS terus dapat menjadi rakan kongsi yang sama taraf. Jika benar Malaya tidak mahu berganjak daripada pendirian, maka KELUAR itu mungkin jalan TERBAIK untuk menyelesaikan isu ini kerana anda sendiri melihat, GoPetition sedang berjalan dan ini ialah satu tanda BERJAGA-JAGA kerana para nasionalis yang diugut atau diancam dalam segala macam penindasan merupakan satu PERMULAAN kepada KEBANGKITAN SECARA BESAR-BESARAN kerana TIDAK menghormati HAK BERSUARA INDIVIDU.
Biarkan kami bersuara dan DENGAR suara kami dan bertindak untuk membantu dan memenuhi HAK kami yang tidak terbela. Seorang pemimpin yang baik tidak akan membiarkan rakyatnya ditindas oleh SISTEM. Jika anda merasa seorang pemimpin yang mewakili rakyat Sabah dan Sarawak, lakukan sesuatu untuk membantu kami. Dulu , rakyat yang menyokong kamu tetapi sudah sampai masanya kamu menyokong kami sebab kami yang bersuara untuk menyokong kamu (Pemimpin). 

Apa gunakan seorang pemimpin JIKA hanya suara mereka (Pemimpin) sahaja yang didengar TETAPI tidak pernah mendengar KELUHAN rakyatnya? Malahan membuat ancaman dan HURU HARA KETAKUTAN yang membangkitkan KEBENCIAN kepada rakyat SABAH dan SARAWAK? Siapa tidak marah kalau RCI juga belum dikeluarkan? Bukan marah tetapi merasa dipermainkan. Kerana kami bukan anak patung buatan CHINA, malahan kami bukan diperbuat daripada negara CHINA, kami cuma RAKYAT yang ingin MENUNTUT HAK didalam MALAY-SIA.

Thursday, November 13, 2014

Dalang penghianat Sabah dikenal pasti

Saya terkilan dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Teo Chee Kang mengenai SSKM didalam keratan akhbar hari ini (Nov 14, 2014). Beliau menjadikan tarikh bertuah ini sebagai tarikh untuk menghianati penduduk Sabah dan Sarawak melalui SSKM. 

Datuk Teo Chee tidak membangkitkan ISU mengenai PROJEK IC yang berleluasa di Sabah dan Dalang yang telah mengetuai PROJEK ini. Sebab PROJEK IC adalah projek yang berkaitan dengan ISU keselamatan Sabah.

Seandainya PROJEK IC dibangkitkan oleh beliau, ini sudah tentu akan menJEJASKAN kerja beliau sebagai DATUK kerana mungkin dengan cara itu, beliau TIDAK akan terlepas daripada DALANG PROJEK IC? Mungkin. RCI belum dikeluarkan lagi, mengapa?

Dalang penghianat Sabah telah dikenal pasti sejak dari dulu lagi. Penghianat Sabah ini sebenarnya melakukan apa sahaja untuk MENLONGKANGKAN rakyat sabah demi untuk kepentingan mereka sendiri. 

Beliau sepatutnya TURUN PADANG untuk membantu rakyat Sabah yang tertindas dan membuat KETERANGAN yang ADIL dan memihak kepada KEBENARAN dan KEADILAN untuk penduduk Sabah, bukan untuk menghianati perjuangan MEREKA.

Terdapat banyak rampasan tanah yang berlaku di Sabah, projek IC juga berleluasa di sana - sini. Apa yang membimbangkan sekarang ialah, projek IC itu sudahpun dimiliki oleh tentera SULU kerana mereka boleh pergi dan masuk ke negara Sabah tanpa  dikenali.

Ini menunjukkan kebocoran KESELAMATAN di negara Sabah menjadikan Sabah seperti tidak selamat untuk didiami. Kebanyakan mereka yang hanya mementingkan POLITIK dan PERIUK NASI mereka semata-mata untuk mengaburi rakyat Sabah supaya menyokong perjuangan mereka tetapi sebenarnya banyak kampung dan kawasan yang tidak dipelihara dan dipulihara, tanah adat digadai seperti tanah orang asing. 

Saya rasa memang agak keterlaluan kalau ada sebilangan ahli politik tidak tahu arah tujuan perjuangan mereka, lalu menyalahkan sesuatu yang mereka fikir boleh digunakan sebagai senjata untuk mengaburi rakyat yang tertindas.

Mereka memang menggunakan JOURNALIST untuk mencatit apa yang dikatakan tetapi kami bagi rakyat Sabah disini berjuang atas nama TANAH SABAH dan SARAWAK sendiri, bukan di atas kertas SURAT KHABAR.

Datuk Teo Chee Kang membuat tuduhan PALSU kepada SSKM kerana beliau tidak pernah MEMBACA dan TIDAK pernah tahu tentang MISI dan VISI SSKM. Jika beliau tahu tentang hal ini, sudah pasti, beliau juga terGUGAT sebab perjuangan SSKM ialah untuk hak rakyat Sabah dan Sarawak. 

Perjuangan ini bukan melibatkan satu atau dua orang, saya boleh buktikan dengan GoPetition yang sudah ditandatangai oleh ramai orang, maka Datuk Teo Chee Kang sudah tentu tertekan kerana beliau bersalah menahan rakyat bersuara tentang HAK mereka didalam Malaysia. 

Tuesday, November 11, 2014

Kembalikan status Sabah dan Sarawak

Saya melihat bahawa mana-mana pertubuhan atau NGO berdaftar samada didalam atau di luar negara yang berjuang untuk hak Sabah dan Sarawak, tujuan mereka hanya satu iaitu 'Meminta PERSEKUTUAN MALAYSIA (MALAYA) mengembalikan semula STATUS SABAH dan SARAWAK sebagai sebuah NEGARA.

SUARA rakyat kepada kerajaan pusat supaya mengembalikan SABAH dan Sarawak sebagai sebuah negara yang BERDAULAT merupakan satu TENTANGAN hebat yang dihadapi oleh Malaya kerana mereka yang memulakan TENTANGAN ini.
Didalam pendidikan Malaysia, saya tidak pernah melihat ada sejarah Sabah dan Sarawak malahan saya tidak tahu sejarah SS wujud. Mengapa kerajaan pusat berselindung di sebalik nama Malaysia tanpa menyentuh sejarah mereka (SS)? 
Apakah kerajaan pusat CUBA untuk MENGHAPUSkan IDENTITI sebenar rakyat SS didalam Malaysia ? Bagaimana dengan PENGHAPUSAN ETNIK? Memiliki identiti sebenar adalah satu kebanggaan tetapi memalsukan IDENTITI dan MENGHILANGKAN ETHIK merupakan satu proses untuk menghapuskan KAUM. 

Saya bukan orang Malaysia. Saya seorang Sabahan. Mengapa saya harus mengaku seorang Malaysia? Sabahan ialah Sabahan. Malaysia? bagus sekali dengan nama itu. Saya mengaku saya juga orang Malaysia tetapi masalahnya , apa identiti sebenar saya? Saya orang Malaysia atau saya orang Sabah? Saya tinggal di Sabah tetapi mereka memanggil saya, orang Malaysia. Salahkah saya berkata "Saya berasal dari Borneo Utara"... bukan dari Malaysia. 

Bukan semua penduduk Sabah dan Sarawak setuju dengan keputusan persekutuan Malaysia menurunkan Status SS sebagai sebuah negeri tetapi sebenarnya dalam DIAM, mereka TIDAK berbincang dengan rakyat SS untuk masuk didalam MALAYSIA. 

SS tidak termasuk didalam Malaysia tetapi Persekutuan Malaysia ingin mengaut keuntungan daripada bumi SS, maka mereka mengambil keputusan untuk menurunkan taraf SS sebagai negara TANPA persetujuan daripada rakyat SS. Itulah yang dinamakan, PERJANJIAN MALAYSIA tidak SAH dan DICABULI oleh MALAYA.

Sunday, November 9, 2014

Apa lagi SABAH mahu?

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diasaskan di Kota Marudu, Sabah sempena sambutan ulang tahun ke-51 penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 2014.

Mungkin sahaja kewujudan Momogun Movement for Self-Determination (Mosik) tidak membawa apa-apa makna kepada rata-rata penduduk di Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu).

Bagaimanapun, hasil penelitian sejak awal bulan ini, saya mendapati Mosik mendapat sambutan hangat daripada pelbagai lapisan masyarakat “Momogun” iaitu “Orang Asal Sabah”.

Saya berpeluang mendapatkan maklumat daripada rakan saya, Daniel Jebon Janaun yang mengasaskan serta menggerakkan Mosik.

Menurutnya, Mosik diwujudkan demi perjuangan memulihkan status Sabah sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat selaras Perkara 20 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan IGC dan Perjanjian Malaysia 1963, serta jaminan dan persetujuan asal dalam penubuhan Malaysia.

Seperti yang dapat diduga, perjuangan nasionalis dan negarawan seperti Daniel dan Doris Jones pasti mendapat liputan negatif daripada mana-mana media yang dijadikan alat propaganda kuasawan dan politikus.

“Regim Malaya dan tali barutnya memberikan gelaran ‘pemisah’ kepada para pejuang dan nasionalis negara Sabah dan Sarawak. Apakah tujuan Regim Malaya berbuat demikian sedangkan perjuangan kami sangat berasas. Di mana letaknya kewajaran gelaran ‘penghasut’ yang diberikan?”

Demikian tanya Daniel, individu berumur 47 tahun yang melepaskan jawatan kerajaan pada awal Mac 2013 untuk berjuang bagi memulihkan status Sabah sebagai sebuah negara.

Secara sinis tetapi berani, lelaki daripada etnik Kadazan (Kimaragang) ini mengatakan, memandangkan Regim Malaya menggelarkan mereka “pemisah” dan “penghasut”, maka mereka tidak gentar untuk benar-benar menjadi seperti yang dituduh.

Mungkin ramai yang tidak tahu – serta tidak mengambil tahu – tetapi suara-suara menuntut hak dalam kalangan penduduk asal Sabah dan Sarawak semakin lantang, serta semakin sukar dikawal.

Baru-baru ini, media melaporkan polis sedang “memburu” Doris iaitu pengasas gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM). Wanita itu juga ternyata sedikit pun tidak gentar dengan ugutan, amaran dan tuduhan yang dilemparkan kuasawan dan politikus.

Memahami perjuangan Mosik, SSKM

Segala perkembangan ini menunjukkan orang ramai di Sabah dan Sarawak sudah semakin berani bangkit bersuara; bukan hanya pada peringkat tempatan (Sabah/Sarawak) dan nasional (Malaysia), tetapi juga pada peringkat antarabangsa.

Banyak fakta yang tidak diketahui umum mengenai pembentukan Persekutuan Malaysia (1963).Banyak fakta yang tidak diketahui umum mengenai pembentukan Persekutuan Malaysia (1963).“Apabila Regim Malaya menangkap pejuang dan nasionalis, maka bermulalah revolusi kebangkitan rakyat untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak sebagai negara berdaulat,” kata Daniel yang sedang dalam proses menerbitkan buku berjudul ‘Sabah Sebuah Negara’.

Apakah sebabnya penduduk Sabah dan Sarawak tidak berpuas hati? Soalan ini amat perlu ditanya bagi mendapatkan jawapan dan penjelasan yang benar dan tepat.

Menurut Daniel, menerusi pembentukan Persekutuan Malaysia (16 September 1963), Sabah dan Sarawak sebenarnya diturunkan taraf daripada “negara” yang merdeka dan berdaulat menjadi “negeri” yang berada di bawah kuasa Malaya (Tanah Melayu; Semenanjung Malaysia).

“Sejak tarikh 27 Ogos 1976, Sabah dan Sarawak dinafikan hak sebagai rakan kongsi sama taraf dengan Malaya; sebaliknya sekadar menjadi negeri ke-12 dan ke-13.

“Hari kemerdekaan Sabah (31 Ogos 1963) dan Sarawak (22 Julai 1963) tidak diiktiraf, malah dilupakan dan langsung tidak diajar di sekolah,” Daniel yang saya kenali sejak tahun 1990-an menghuraikan dengan sedih.
Penerangan yang diberikannya amat penting serta membantu saya lebih memahami perjuangan kumpulan yang bernaung di bawah SSKM dan Mosik.

Sama ada berjaya atau tidak, patut atau tidak patut, menghasut atau menderhaka bukanlah soal utama di sini.

Apa yang lebih penting adalah kita berpeluang untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku dan mengapa ada pihak yang bangkit berjuang menuntut kemerdekaan Sabah dan Sarawak selepas lebih 50 tahun pembentukan Persekutuan Malaysia.

Selain Kelantan yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai negeri paling miskin, Sabah juga sudah dimiskinkan walaupun “Negeri di Bawah Bayu” itu sebenarnya amat kaya.

Bagi mewajarkan perjuangan Mosik, Daniel menekankan kekayaan bumi Sabah dijarah, dikaut dan dibawa ke Malaya sehingga ahkhirnya wujud kemiskinan yang tinggi dan kitaran ganas kemiskinan di Sabah.

Membetulkan, menyelamatkan Malaysia?

“Artikel 4 Perjanjian Malaysia yang menyatakan kesemua terma dalam perjanjian dan usaha untuk jaminan yang dibuat dalam pembentukan Malaysia harus dilaksanakan oleh empat negara, iaitu United Kingdom (Britain), Malaya, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Tetapi ia tidak dihormati dan dipatuhi,” beliau mengulas.

Tindakan kerajaan pusat mengaut dan merampas hasil minyak dan gas Sabah dan Sarawak menerusi Petronas juga diselar Mosik kerana perbuatan itu sebenarnya bukan dalam bidang kuasa kerajaan pusat.

Meletakkan tarikh kemerdekaan Malaysia pada tanggal 31 Ogos 1957 juga tidak dipersetujui penduduk Sabah dan Sarawak khasnya dan penduduk Malaysia amnya yang celik sejarah.

“Sabah dan Sarawak kehilangan kuasa autonomi dan individualiti. Apa yang ada hanyalah dominasi Malaya terhadap kami. Kerakyatan diberikan kepada pendatang asing yang tidak layak sehingga orang asal Sabah (Momogun) menjadi minoriti.

“Sesungguhnya Mosik akan tetap memperjuangkan penyelesaian dan pembetulan kepada segala masalah ini,” kata Daniel dengan penuh semangat.

Sekiranya pelbagai catatan dan komentar di laman rangkaian sosial diteliti, para pejuang di dalam dan di luar Mosik mempunyai misi yang sama iaitu “membetulkan Malaysia” dan “menyelamatkan Malaysia”.

Saya meminta Daniel menghuraikan visi berkenaan supaya jelas kepada orang ramai serta tidak pula dimanipulasi pihak berkepentingan.

“Dalam konteks Sabah, visi kami menegakkan Sabah sebagai negara yang mempunyai kuasa autonomi mutlak, negara maju yang menguasai sepenuhnya sumber ekonomi, bebas daripada pendatang asing tanpa izin (Pati), rakyat Sabah hidup aman dan harmoni dengan hak dan adat-istiadat anak negeri yang terus terpelihara, serta hak menikmati keadilan sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia,” katanya.



Kalaulah Sabah berjaya dimerdekakan sekali lagi (kali pertama pada 31 Ogos 1963) dan Sabah menjadi sebuah negara berdaulat, timbul pula pertanyaan siapa yang layak menjadi perdana menteri.





https://my.news.yahoo.com/tangisan-orang-asal-sabah-230051123.html
 

“Ada jawapannya dalam buku ‘Sabah Sebuah Negara’ yang bakal terbit sebelum hujung tahun ini,” kata Daniel tanpa mendedahkan jawapan secara mudah.

Sementara menantikan kelahiran buku berkenaan, kita bolehlah mengikuti perkembangan perjuangan Mosik dan SSKM menerusi laman rangkaian sosial dan media alternatif. – 23 September, 2014. 

“Apabila Regim Malaya menangkap pejuang dan nasionalis, maka bermulalah revolusi kebangkitan rakyat untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak sebagai negara berdaulat,” kata Daniel yang sedang dalam proses menerbitkan buku berjudul ‘Sabah Sebuah Negara’.
Apakah sebabnya penduduk Sabah dan Sarawak tidak berpuas hati? Soalan ini amat perlu ditanya bagi mendapatkan jawapan dan penjelasan yang benar dan tepat.
Menurut Daniel, menerusi pembentukan Persekutuan Malaysia (16 September 1963), Sabah dan Sarawak sebenarnya diturunkan taraf daripada “negara” yang merdeka dan berdaulat menjadi “negeri” yang berada di bawah kuasa Malaya (Tanah Melayu; Semenanjung Malaysia).
“Sejak tarikh 27 Ogos 1976, Sabah dan Sarawak dinafikan hak sebagai rakan kongsi sama taraf dengan Malaya; sebaliknya sekadar menjadi negeri ke-12 dan ke-13.
“Hari kemerdekaan Sabah (31 Ogos 1963) dan Sarawak (22 Julai 1963) tidak diiktiraf, malah dilupakan dan langsung tidak diajar di sekolah,” Daniel yang saya kenali sejak tahun 1990-an menghuraikan dengan sedih.
Penerangan yang diberikannya amat penting serta membantu saya lebih memahami perjuangan kumpulan yang bernaung di bawah SSKM dan Mosik.
Sama ada berjaya atau tidak, patut atau tidak patut, menghasut atau menderhaka bukanlah soal utama di sini.
Apa yang lebih penting adalah kita berpeluang untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku dan mengapa ada pihak yang bangkit berjuang menuntut kemerdekaan Sabah dan Sarawak selepas lebih 50 tahun pembentukan Persekutuan Malaysia.
Selain Kelantan yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai negeri paling miskin, Sabah juga sudah dimiskinkan walaupun “Negeri di Bawah Bayu” itu sebenarnya amat kaya.
Bagi mewajarkan perjuangan Mosik, Daniel menekankan kekayaan bumi Sabah dijarah, dikaut dan dibawa ke Malaya sehingga ahkhirnya wujud kemiskinan yang tinggi dan kitaran ganas kemiskinan di Sabah.
Membetulkan, menyelamatkan Malaysia?
“Artikel 4 Perjanjian Malaysia yang menyatakan kesemua terma dalam perjanjian dan usaha untuk jaminan yang dibuat dalam pembentukan Malaysia harus dilaksanakan oleh empat negara, iaitu United Kingdom (Britain), Malaya, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Tetapi ia tidak dihormati dan dipatuhi,” beliau mengulas.
Tindakan kerajaan pusat mengaut dan merampas hasil minyak dan gas Sabah dan Sarawak menerusi Petronas juga diselar Mosik kerana perbuatan itu sebenarnya bukan dalam bidang kuasa kerajaan pusat.
Meletakkan tarikh kemerdekaan Malaysia pada tanggal 31 Ogos 1957 juga tidak dipersetujui penduduk Sabah dan Sarawak khasnya dan penduduk Malaysia amnya yang celik sejarah.
“Sabah dan Sarawak kehilangan kuasa autonomi dan individualiti. Apa yang ada hanyalah dominasi Malaya terhadap kami. Kerakyatan diberikan kepada pendatang asing yang tidak layak sehingga orang asal Sabah (Momogun) menjadi minoriti.
“Sesungguhnya Mosik akan tetap memperjuangkan penyelesaian dan pembetulan kepada segala masalah ini,” kata Daniel dengan penuh semangat.
Sekiranya pelbagai catatan dan komentar di laman rangkaian sosial diteliti, para pejuang di dalam dan di luar Mosik mempunyai misi yang sama iaitu “membetulkan Malaysia” dan “menyelamatkan Malaysia”.
Saya meminta Daniel menghuraikan visi berkenaan supaya jelas kepada orang ramai serta tidak pula dimanipulasi pihak berkepentingan.
“Dalam konteks Sabah, visi kami menegakkan Sabah sebagai negara yang mempunyai kuasa autonomi mutlak, negara maju yang menguasai sepenuhnya sumber ekonomi, bebas daripada pendatang asing tanpa izin (Pati), rakyat Sabah hidup aman dan harmoni dengan hak dan adat-istiadat anak negeri yang terus terpelihara, serta hak menikmati keadilan sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia,” katanya.
Kalaulah Sabah berjaya dimerdekakan sekali lagi (kali pertama pada 31 Ogos 1963) dan Sabah menjadi sebuah negara berdaulat, timbul pula pertanyaan siapa yang layak menjadi perdana menteri.
“Ada jawapannya dalam buku ‘Sabah Sebuah Negara’ yang bakal terbit sebelum hujung tahun ini,” kata Daniel tanpa mendedahkan jawapan secara mudah.
Sementara menantikan kelahiran buku berkenaan, kita bolehlah mengikuti perkembangan perjuangan Mosik dan SSKM menerusi laman rangkaian sosial dan media alternatif. – 23 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/uthaya-sankar/article/apa-lagi-sabah-mahu#sthash.YmQ6x1qK.dpuf

Source: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/uthaya-sankar/article/apa-lagi-sabah-mahu

Friday, November 7, 2014

Join the fight


Sebagai seorang PEJUANG Sabahan dan Sarawakian, kita harus tahu maksud JOIN THE FIGHT semasa membuat PUNGUTAN TANDATANGAN dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 

Mana-mana sukarelawan dan sukarelawati yang sama-sama membantu untuk mendapatkan tandatangan, kita ada HAK untuk melakukan PENDAKWAAN terhadap mana-mana individu yang cuba untuk mengancam keselamatan KITA semasa berhimpun atau mempromosikan keamanan.

Barisan PEGUAM juga akan sentiasa BERSIAP sedia untuk melakukan PENDAKWAAN terhadap mana-mana INDIVIDU atau MEREKA yang menghalang PERGERAKAN kita kerana kita berada di  PIHAK yang benar. 

Kita bukan MEROMPAK atau MELAKUKAN HURU-HARA atau apa-apa yang berkaitan dengan KESELAMATAN. Tidak sama sekali!.. Kita hanya memperjuangan KEADILAN dan KEBENARAN!! 

HAK untuk JOIN the FIGHT ini bermaksud kita sebagai PEJUANG KEBANGSAAN tidak bersalah untuk memberitahu semua orang TENTANG KEBENARAN. Kita bukan memberitahu yang BOHONG atau PALSU kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Sejarah sebenar di Sabah dan Sarawak telah DIPALSUKAN oleh Persekutuan Malaysia (MALAYA) dan mereka yang sebenarnya MENIPU kita. 

Jika MALAYA JUJUR memerintah, IKHLAS dan TIDAK MENIPU: TIDAK akan ada PROJEK IC, Rampasan TANAH, PENGHAPUSAN ETNIK, PEMALSUAN SEJARAH sebenar Sabah dan Sarawak, Melanggar perjanjian 1963, MENGAUT keuntungan MINYAK yang diambil dari SABAH dan SARAWAK melebihi daripada apa yang di sarankan (INI DIPANGGIL PENCURI) dan lain-lain yang berkaitan dengan PENINDASAN yang dilakukan oleh kerajaan MALAYA. 

Mereka melakukan PENINDASAN ini selama 51 TAHUN sehingga sekarang dan JENAYAH yang dilakukan oleh MALAYA ini ialah JENAYAH ANTARABANGSA kerana ia melibatkan penduduk negara Sabah dan Sarawak, KEMANUSIAAN tentang HAK ASASI manusia DILANGGAR . Anda masih BERDIAM diri dengan KEKEJAMAN dan PENINDASAN ini? Jika anda FIKIR tidak TERTINDAS, anda mementingkan DIRI SENDIRI atau TIDAK mengambil tahu tentang keadaan yang berlaku di Sabah dan Sarawak. kita mesti BANGUN!!, Kita adalah PEJUANG KEBANGSAAN!

MEMALSUKAN sejarah sebenar SABAH dan SARAWAK merupakan PENDIDIKAN yang SALAH. Mereka memberitahu sejarah yang salah kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Seandainya pemalsuan ini berterusan, mereka sedang MENIPU generasi akan datang dengan PENDIDIKAN yang tidak betul dan berselindung di sebalik nama MALAYSIA.

Kita memperjuangkan KEBENARAN untuk mempromosikan KEADILAN kepada semua rakyat. Kita melakukannya bukan untuk TUJUAN POLITK tetapi dengan KESEDARAN kita yang timbul kerana SUARA hati orang yang tertindas di SABAH dan SARAWAK tidak didengar OLEH KERAJAAN.

Pihak SSKM-SSU(UK) sentiasa bersiap sedia sebagai STANDING-GUARD dalam JOIN the FIGHT. Ini kerana PERJUANGAN terhadap rakyat Sabah dan Sarawak adalah PERJUANGAN yang SANGAT SERIUS. Bukan sekadar melepaskan BATUK di tangga atau HANGAT-HANGAT TAHI AYAM atau TAHI kambing.

Kita mewakili rakyat Sabah dan Sarawak yang TERTINDAS dan kita menyelamatkan orang yang tidak TERTINDAS . KITA MEWAKILI suara rakyat. Apabila kita mewakili suara RAKYAT, bermakna TUGAS yang kita lakukan lebih daripada tugas seorang YB sebab kita tidak berpolitik.

Saya berterima kasih kepada DR. Jeffery kerana dia merupakan salah seorang PEJUANG SABAHAN dan SARAWAKIAN yang mempunyai semangat yang KENTAL. DORIS JONES juga melakukan hal yang sama. Doris Jones ialah seorang wanita yang berani memperjuangkan hak-hak Sabahan dan Sarawakian. Dia juga mewakili banyak negara sebagai SOLIDARITY kepada kepada rakyat yang tertindas di negara lain.
Apa yang kita buat sekarang ini bukanlah melawan kerajaan TETAPI kita inginkan KEADILAN. Kita mahu kerajaan mendengar SUARA kita yang sudah 51 tahun TIDAK dibela. Rakyat Sabah dan Sarawak yang ditindas dengan rampasan Tanah, Soal pekerjaan, Sumber alam seperti MINYAK, KAYU BALAK, AGAMA , PENDIDIKAN (Sejarah SABAH diseleweng) , PERLANTIKAN JAWATAN yang tidak adil dan hal-hal lain yang berkaitan.

Saya TIDAK ingin mengulas tentang rakyat di Semenanjung Malaysia . Mereka yang faham dengan keadaan di Sabah dan Sarawak, mereka akan tahu terutama mereka yang berkhawin dengan orang Sabah atau orang Sarawak. Orang Semenanjung yang tidak pernah ke Sabah tidak tahu keadaan sebenar. Kami mahu anda memahami apa yang kami alami.

Masa kita didalam dunia ini sangat singkat. Kita lakukan apa sahaja yang dapat kita buat untuk anak-anak kita. Jangan hairan jika satu hari nanti, anak kita merempat di negara orang kerana kita tidak berbuat apa-apa. Saya faham juga, kita tidak harus manjakan anak kita tetapi kita yang harus menjadi contoh yang pertama selain orang lain. Kita akan melakar sejarah di SABAH dan SARAWAK untuk generasi akan datang.  

Perkara 1: Agama tidak difahami?

Ada yang  masih tidak faham tentang maksud PERKARA 1? Setiap orang mempunyai hak untuk beragama tanpa memaksa mana-mana individu atau sesiapa sahaja untuk menganut agama. 

Kebebasan individu adakah HAK individu itu sendiri tanpa UGUTAN atau ANCAMAN daripada mana-mana pihak. Jika UGUTAN atau ANCAMAN untuk tujuan menakutkan atau memberi tekanan, ia sudah melanggar hak asasi manusia dan hak individu itu sendiri. Kalaupun agama rasmi di Malaysia ialah ISLAM tetapi Borneo Utara tidak terlibat dengan isu mengenai agama.

Contohnya IBRAHIM ALI membuat tekanan kepada semua penduduk Sabah dan Sarawak yang mana dia sendiri mengeluarkan kenyataan untuk membakar ALKITAB  milik KRISTIAN. Dia membakar ALKITAB adalah niat BAIK untuk mempertahankan ISLAM tetapi SULTAN KELANTAN tidak setuju dengan tindakan IBRAHIM ALI lalu melucutkan gelarannya sebagai DATUK kerana tindakan IBRAHIM ALI sudah keterlaluan dan TIDAK menghormati orang lain yang beragama KRISTIAN.

Saya berharap Rakyat Sabah dan Sarawak TIDAK keliru dengan PERKARA 1. Ini bukan bermaksud untuk memberi tekanan kepada penganut agama tetapi untuk semua penganut agama yang lain. Ini bermaksud, kita bebas mengamalkan agama di Sabah dan Sarawak.

 Tidak paksaan untuk beragama, tiada yang memberi ugutan dan tiada yang diugut, TIADA yang memberi TEKANAN dan TIADA yang TERTEKAN kerana kita menekankan KEAMANAN dan BUKAN perbalahan  seperti yang dilakukan oleh MALAYA dengan Sentimen perkauman melalui AGAMA yang dibawa oleh pertubuhan agama di Semenajung Malaysia. 

Perkara 1 juga tidak membenarkan KITA menghina mana-mana agama yang ada di Sabah dan Sarawak kerana kita bukan masuk MALAYSIA. Ibrahim Ali mungkin boleh menghina agama di negaranya sendiri, tetapi jangan terlibat di Sabah dan Sarawak.
PERKARA 1: AGAMA

Walaupun tiada bantahan terhadap Islam menjadi agama rasmi Malaysia, agama rasmi tidak ada di Borneo Utara dan peruntukan berhubung dengan Islam mengikut Perlembagaan Malaysia hendaklah tidak merangkumi Borneo Utara.
Jika perlu, saya akan terangkan maksud satu persatu perkara 1 hingga perkara 20. Mungkin ada perkara yang tidak terpakai tetapi kita akan lihat nanti bagaimana. Jangan stress! Selamat berjuang! Salam perjuangan untuk rakyat semenjung juga yang tertindas oleh kerajaan. Semoga anda membuat tuntutan seperti yang di lakukan oleh Sabahan dan Sarawakian.

Thursday, November 6, 2014

Kebebasan beragama

Menurut perkara 1 : AGAMA - Walaupun tiada bantahan terhadap agama ISLAM sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama RASMI sepatutnya TIDAK akan diadakan di BORNEO UTARA dan SARAWAK, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung didalam Perlembagaan Malaya TIDAK digunakan di BORNEO UTARA dan SARAWAK. (Perjanjian Malaysia muka surat 54)

IBRAHIM ALI yang berniat untuk membakar ALKITAB , MILIK KRISTIAN merupakan satu kesalahan di bawah PERKARA 1. Penduduk di Borneo Utara bebas mengamalkan agama masing-masing TANPA paksaan.

Kebebasan BERAGAMA merupakan satu cara untuk mencapai KEAMANAN sejagat di kalangan umat manusia pada hari ini. Tanpa kebebasan ini, negara akan menjadi kucar kacir. Kita tidak mahu negara SABAH dan SARAWAK menjadi tempat untuk puak EXTRIMIST bermaharajaLELA seperti yang terjadi di IRAQ dan SIRIA. Rakyat SS menjadi kucar kacir disebabkan IBRAHIM ALI tidak menghormati PERKARA 1 didalam perjanjian MALAYSIA 1963.

Setiap orang yang hidup diberi HAK untuk menganut agama sendiri. Dengan itu, tindakan IBRAHIM ALI untuk membakar ALKITAB milik kristian adalah TIDAK ADIL. Jika dia ingin membakar ALKITAB, saya juga ingin melihat dia membakar AL-QURAN lama di hadapan UMUM.

Saya menyokong tindakan SULTAN KELANTAN melucutkan GELARAN DATUK kepada IBRAHIM ALI kerana dia (Ibrahim Ali) tidak berfikir sebelum bertindak, ini menyakitkan hati SEMUA ORANG MUSLIM DI Malaysia kerana dia sendiri yang MAHU membakar ALKITAB milik KRISTIAN dan AL-QURAN lama milik orang ISLAM. Kenyataannya itu juga disokong oleh Dr. M sebagai NIAT BAIK Ibrahim Ali untuk mempertahankan ISLAM.

Penduduk di Sabah dan Sarawak sentiasa menghormati di antara satu sama lain walaupun berlainan agama kerana mereka lebih mementingkan HAL KEKELUARGAAN. Saya sarankan, HINDARI puak EXTRIMIST yang hanya melaga-lagakan rakyat Sabah dan Sarawak. Jika MALAYA tidak MENGHORMATI perkara 1 , ini bermakna MEREKA pura-pura lupa tentang perjanjian MALAYSIA 1963 supaya penduduk SS TERTIPU selama-lamanya.

Perjuangan tetap diteruskan

Terdapat banyak jalan yang masih belum dibaiki di kawasan PEDALAMAN SABAH dan SARAWAK. Memang masih ada kampung yang masih TIDAK mempunyai TALIAN ELEKTRIK. Ada sesetengah YB yang dilantik untuk menjaga rakyat di kawasannya TIDAK turun padang untuk melihat, mendengar luahan dan rintihan rakyat. Sebab itu, orang lain mengambil KESEMPATAN didalam KESEMPITAN untuk merampas TANAH ORANG KAMPUNG.
Jalan yang dibuat adalah hasil kutipan DERMA ORG KG
Jalan raya yang tidak berturap terpaksa dibaiki oleh penduduk kampung dengan wang saku mereka sendiri. MALAYA yang sudah memerintah  selama 51 tahun, masih  berdiam diri dengan isu seperti ini.

Mereka tidak peduli tentang MASALAH yang berlaku di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Mereka membiarkan KRONI-KRONI mereka merampas TANAH orang kampung dan MENGUSIR mereka seperti Pendatang ASING yang tidak mempunyai DOKUMEN yang sah TETAPI P.T.I yang berkeliaran di Sabah pula diberi IC. Ini baru 51 tahun. Kalau di tambah lagi dengan 51 tahun yang akan datang, pasti penduduk SABAH ini akan DISISIH oleh MALAYA tetapi kita TIDAK perlu menunggu sehingga 51 tahun akan datang lagi. 

JIKA anda PRIHATIN dengan masalah di Sabah dan Sarawak, anda pasti akan MERASA TERTINDAS apatah lagi JIKA kampung anda sendiri yang DIRAMPAS tanpa  belas kasihan.

TETAPI saya tidak salahkan mereka yang berkata "SAYA TIDAK PUN RASA tertindas".... Sebab perjuangan ini ialah untuk semua orang, untuk mereka yang SEDAR akan tanggungjawab mereka kepada generasi yang akan datang. Mungkin anda masih TIDAK SEDAR DIRI? Sebab perjuangan SSKM-SSU(UK) adalah untuk mereka yang SUDAH sedar dan yang BELUM sedar.

MALAYA FIKIR penduduk di Sabah dan Sarawak sudah ditipu oleh perjanjian Malaysia 1963 tetapi lihatlah, mereka mulai bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain untuk memberikan pendidikan dan kesedaran kepada anak muda dan orang tua.

Kesedaran yang timbul ini banyak membantu warganegara Sabah dan Sarawak supaya bertekad untuk meninggalkan MALAYA selama-lamanya daripada menguasai negara SS. Kemampuan yang ada pada rakyat ialah HAK mereka untuk keluar daripada MALAYSIA. 
KELUAR adalah perkataan yang sangat menakutkan persekutuan Malaysia. Mereka FIKIR dengan perkataan ITU, satu DUNIA akan menghukum mereka kerana  KESILAPAN MALAYA menipu SS merupakan SATU JENAYAH antarabangsa yang HARUS diadili.
Apapun, saya berharap kepada para pejuang KEBANGSAAN supaya TERUS bergerak TANPA takut . KERAJAAN MALAYA sudah BERGEGAR dengan pergerakan SSKM-SSU (UK) kerana setiap ugutan atau ancaman yang dibuat oleh kerajaan, mahupun INDIVIDU yang cuba untuk menghancurkan pergerakan untuk MEMPROMOSIKAN KEAMANAN akan di REKOD dengan teliti sebab pergerakan kami bukanlah pergerakan yang MELANGGAR undang-undang. kami TIDAK membuat HURU-HARA.

Itulah sebabnya KEWUJUDAN SSKM-SSU(UK) ialah untuk membela HAK SABAH dan SARAWAK. Untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai SEBUAH negara . Pengorbanan itu bukan satu PERMAINAN POLITIK tetapi satu KESEDARAN yang timbul akibat daripada PENINDASAN MALAYA.

Wednesday, November 5, 2014

Bertugas dengan S.O.P

Saya mengambil kesempatan disini untuk meminta kepada semua petugas awam, samada RELA, POLIS, POLIS BANTUAN, ASKAR, COMMANDO , BOMBA (Jika ada kaitan) atau lain-lain yang sama dengannya supaya tidak membuat tangkapan kepada mana-mana individu yang mempromosikan KEAMANAN kepada semua rakyat Sabah dan Sarawak terutama yang berkaitan dengan SSKM-SSU-UK atau NGO lain yang berdaftar.

Permintaan saya  ini ialah untuk mewakili semua para pejuang tempatan di Sabah supaya jangan mengapa-apakan mereka kerana mereka tidak bersalah sama sekali. Petugas awam sepatutnya menjaga mereka supaya jangan ada anasir yang mencurigakan yang cuba untuk mengganggu mereka.

Ini pasti akan mempengaruhi pandangan umat awam terhadap tugas seorang anggota polis yang menjaga keamanan. Mengapa saya katakan seperti ini? Mana-mana pertubuhan berdaftar ada hak untuk mempromosikan keamanan. 
Jika keamanan itu di halang, ini  menunjukkan ia sudah bertentangan dengan TUGAS penjaga keamanan untuk menjaga rakyat, kecualilah jika ADA orang DALAM yang DALANG yang bersengkol untuk menghalang pergerakan para pejuang. SILA JANGAN MENYALAHGUNAKAN TUGAS ANDA SEBAGAI PENJAGA KESELAMATAN AWAM dan rakyat juga tidak akan menyalahgunakan kebebasan bersuara mereka.
Bukan suka-suka tangkap orang, semua ada PROSEDUR. Jika TERSALAH tangkap tanpa mengikut PROSEDUR yang sedia ada,  silap-silap KERAJAAN sendiri yang kena. Apa yang saya katakan disini ialah , Rakyat yang harus dijaga kerana mereka tiada senjata tetapi jika yang dijaga pula yang digari, ANDA SUDAH MELANGGAR SOP. 

Saya menghargai tindakan anggota keselamatan untuk terus bekerjasama dengan orang kampung yang TIDAK BERSENJATA dan TIDAK bersalah untuk mempromosikan keamanan. Mempromosikan keamanan adalah HAK ASASI manusia.

Saya ada hak bersuara kerana saya adalah rakyat SABAH.Dan saya juga membayar GST untuk membayar gaji POLIS atau anggota keselamatan lain yang terlibat. Saling bantu membantu lah kita.

Note: Yang tukang report tu, kalau tidak tahan dengan tekanan kerana dituduh penghianat kepada perjuangan Sabahan dan jika anda tidak tahu undang-undang perhimpunan aman, jangan suka-suka buat report.

Tuesday, November 4, 2014

Tanah kampung di rampas

Saya hampir tidak dapat menerima keadaan tentang kejadian yang berlaku didalam kampung saya beberapa tahun yang lalu. Jika penduduk kampung kami tidak mengundi BN, tanah kami akan dirampas oleh kerajaan. Ugutan itu merupakan trauma yang tidak pernah saya lupakan didalam hidup saya. 

Orang kampung  diugut jika tidak mengundi BN dan Bantuan mereka akan dirampas, segala-galanya berlaku dengan pantas. 

Oleh kerana tiada orang yang mengundi BN, bantuan untuk warga Tua, ditarik balik dan ancaman untuk menggadai Kampung kami kepada orang Malaya dalam proses tetapi syukurlah, beberapa orang yang arif , yang diberikan hikmat dan pengetahuan dari TUHAN, tahu apa yang harus dilakukan.


Saya kasihan melihat ada warga emas yang hidup sebatang kara terpaksa akur dengan tindakan kerajaan BN yang telah menarik kembali bantuan mereka. Siapa lagi yang menjaga mereka? Memang pemerintah BN tidak adil.

kejadian masa itu saya tidak dapat terima. Saya sedar, apa yang dilakukan oleh kerajaan BN-MALAYA ialah satu penindasan. (Penindasan ini merupakan JENAYAH yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional sepanjang 51 tahun sehingga sekarang.)

Saya akan ampunkan mereka yang melakukan itu, hanya Tuhan sahaja yang membalas kejahatan mereka tetapi saya TIDAK akan halalkan semua pendapatan MEREKA yang cuba merampas kampung saya dan menarik balik bantuan yang diberikan kepada warga emas. Apa yang PENINDAS itu makan, akan menjadi KUTUK bagi sesiapa yang memakan DUIT rakyat dengan TIDAK ADIL.
Oleh sebab itu, mana-mana tanah yang cuba dirampas oleh kerajaan adalah disebabkan oleh ketamakan kroni-kroni kerajaan. Adalah tidak adil bagi saya jika kerajaan BN melakukan perbuatan terkutuk yang tidak HALAL dan TIDAK direstui oleh orang yang mereka tindas. 
Sehingga sekarang, akibat daripada PENINDASAN yang dilakukan oleh MALAYA,  'I WISH' bahawa MALAYSIA ini tidak akan AMAN dan akan dikutuk selama-lamanya sehingga kerajaan bertukar, asalkan jangan kerajaan BN, betapa hatiku sakit , itu beberapa tahun yang lalu sebelum banyak kejadian berlaku di MALAYSIA.

Saya tahu ada parti yang daripada kerajaan BN yang baik tetapi kebanyakan daripada yang BN ini , adalah menjadi TRAUMA bagi saya sejak kejadian beberapa tahun lalu. Sebab itu juga, saya tidak AKAN HALALKAN semua hasil yang dikautkan oleh MALAYA daripada SABAH, sebab saya sangat sakit hati dengan tindakan mereka.


Mereka membuat rampasan dari kampung ke kampung dan tanah itu akan diberikan kepada ORANG MALAYA. Apapun yang mereka lakukan sekarang, semuanya kerana mereka ini dikutuk oleh TUHAN. Saya tidak akan restui hidup orang yang membuat penindasan terhadap kampung kami.


Saya mewakili orang kampung yang tertindas, sebab saya juga ditindas , untuk memberitahu kepada seluruh RAKYAT Negara Sabah dan Sarawak, termasuk di Semenajung MALAYSIA supaya berhati-hatilah memilih kerajaan.


Sebab itu, saya menyokong mana-mana pergerakan kumpulan yang berusaha untuk KELUAR daripada MALAYSIA kerana saya tidak TAHAN melihat PENINDASAN yang dilakukan oleh KERAJAAN-BN ke atas Sabah dan Sarawak. 


Permintaan saya untuk kerajaan Malaysia, jagalah kroni-kroni kamu supaya jangan sesuka hati melakukan penindasan kerana penindasan itu dosa. Oleh kerana dosa para penindas ini mencemarkan pemerintah di Malaya, maka ia akan menjadi kutuk kepada sesiapa yang memakan buah mereka.

Saya malas terlibat dengan mana-mana cakap politik. Lebih baik saya menyokong pergerakan SSKM yang memperjuangkan HAK sabah dan Sarawak kerana ini lebih baik daripada menjadi TRAUMA politik. Saya berharap TUHAN akan membalas semua perbuatan dan ketidakikhlasan mereka yang membuat penindasan.  – TULUN KAMPUNG mantad Kota Marudu.