This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, November 24, 2014

Kenyataan rasmi SSKM-SSU berhubung kenyataan Khairy

Kenyataan RASMI SSKM-SSU(UK) berhubung dengan kenyataan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (UMNO) untuk "Menentang Pihak Manipulasi Perjanjian Malaysia"

Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones, mewakili Kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), yang bergerak dibawah naungan Sabah Sarawak Union (SSU)-UK, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar secara SAH dibawah Bidang Perundangan United Kingdom of Great Britain and Northen Irland (UK), ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan satu kenyataan yang telah dibuat oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Negara Sarawak pada 23 November 2014. Dalam kenyataannya yang disiarkan melalui berita online di The Malaysian Insider, ia mendakwa bahawa "Pemuda BN sedia tentang pihak manipulasi Perjanjian Malaysia".

Antara hujah-hujah pendeknya ialah "Pemuda Barisan Nasional (BN) terus komited untuk menegakkan Perjanjian Malaysia 1963 bagi memastikan tiada pihak cuba memanipulasikannya khususnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang"[1]. Ditambahnya lagi bahawa "anggotanya akan dilengkapi pemahaman penuh berhubung dengan perjanjian itu"[2].

Dalam kenyataannya juga, ia adalah bertujuan untuk "menangkis cubaan pihak yang cuba menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak"[3]. Selain itu juga, dia berkata "kita komited kepada perjanjian yang dibuat untuk menubuhkan Malaysia. Malaysia ini ditubuhkan oleh Semenanjug (Tanah Melayu), Sabah dan Sarawak. Bukannya Sabah dan Sarawak yang menyertai Malaysia"[4]. Dan yang terakhir dalam hujah pendeknya ialah "Kita tahu dan kita akan menegakkan segala perjanjian dan segala persetujuan dibawah tema gagasan Malaysia"[5].

Pertama [1], saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana telah menyatakan pendirian dengan jelas sekali untuk menegakkan Perjanjian Malaysia 1963. Untuk itu, saya ada beberapa soalan kepada anda yang perlu dijawab dengan jujur iaitu adakah Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang diguna pakai oleh kerajaan persekutuan malaysia sekarang ini adalah Perlembagaan baru yang lahir pada 16 September 1963 ataupun merupakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) 31 Ogos 1957 yang telah diadaptasi dengan menambah, menolak, mengubah dan sebagainya? 


Persekutuan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, adakah akta hasutan 1948 itu boleh digunapakai dalam kerajaan Persekutuan Malaysia apatah lagi keatas rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak? Pernahkah "malaysia" itu merdeka? Berapa tahun sudahkah persekutuan malaysia ini terbentuk?

Kedua [2], anggota anda akan dilengkapi pemahaman penuh berhubung dengan perjanjian dalam konteks apakah pemahaman itu? Adakah dalam konteks pemahaman bahawa Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk persekutuan malaysia sekadar untuk menjadi setaraf dengan 11 buah negeri-negeri malaya ataupun sebagai salah satu rakan kongsi (negara) dalam pembentukkan persekutuan malaysia ini? 


Jikalau anda mengatakan hanya untuk menjadi "negeri-negeri" yang ke-12 dan yang ke-13, adakah terdapat wakil-wakil kerajaan negeri malaya yang bersama-sama mendatangani Perjanjian Malaysia pada 9 Julai 1963? Ataupun hanya kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) sahaja yang bersama dengan rombonganya menandatangni perjanjian tersebut?

Ketiga [3], Saya mengakui bahawa saya bertanggungjawab penuh dalam menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak kerana apa yang dituntut itu sememangnya adalah Hak Mutlak Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. 


Adakah anda ingin bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak bergembira apabila Hak yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia itu tidak dihormati dan dilanggari? Rasa tidak puas hati itu timbul apabila pihak kami dan juga kumpulan-kumpulan NGO yang lain telah memberikan kesedaran melalui bentuk pendidikan dan pendedahan fakta sejarah berbukti yang selama ini telah disembunyikan dengan niat jahat. Bolehkah saya katakan kepada mereka untuk "bergembira" setelah mereka tahu hak yang sepatutnya mereka nikmati, penjanjian yang semestinya dihormati itu tidak berlaku seperti mana yang telah dipersetujui pada tahun 1963?

Keempat [4], kenyataan seperti ini sudah lama kedengaran selama 51 tahun termasuk tahun ini. Namun, kenyataan tetap kenyataan yang tidak pernah berakhir, dan hanya dilakukan pada mulut tetapi tidak kepada tindakan. Persekutuan Malaysia ini telah dibentuk oleh empat buah Negara yang Merdeka dan Berdaulat iaitu Negara Sabah, Negara Sarawak, Negara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). 


Persoalannya, dimanakah sudah kerajaan persekutuan tanah melayu menghilang? Apakah pula definisi "persekutuan" dalam perlembagaan persekutuan malaysia? Adakah ia merujuk kepada definisi Persekutuan yang telah ditubuhkan pada 16 September 1963 ataupun definisi Persekutuan yang telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957?

Kelima [5], jikalau benar anda tahu dan mahu menegakkan semula perjanjian malaysia ini, bolehkah anda sebagai menteri dalam kerajaan persekutuan malaysia ini mengusulkan dalam dewan parlimen pada tahun hadapan untuk mengkaji semula perjanjian malaysia? 


Ini kerana perjanjian malaysia yang ada sekarang masih menyatakan bahawa Negara Singapura masih sebagai anggota dalam persekutuan malaysia. Kita semua sedia maklum bahawa Negara Singapura telah menarik diri (bukan dikeluarkan) daripada persekutuan malaysia. Seharusnya sebuah Perlembagaan Persekutuan Malaysia diwujudkan untuk meramkumkan 4 (kini tinggal 3) buah kuasa kerajaan dalam Persekutuan Malaysia dan bukan 14 kuasa seperti yang wujud sekarang. Bolehkah ini semua dilakukan melalui jaminan dan tindakan anda selaku menteri persekutuan malaysia?

Segala jawapan anda akan ditakrifkan sebagai jawapan penuh kerajaan persekutuan malaysia kerana anda mewakili kerajaan persekutuan malaysia telah membuat kenyataan seperti ini, maka jawapan kepada persoalan ini seharusnya dan semestinya mewakili kerajaan persekutuan malaysia dan bukan atas kapasiti individu.

Kenyataan susulan berhubung dengan persoalan ini akan dikeluarkan sebaik sahaja anda (khairy) menjawab segala persoalan ini dengan jujur.

Harap maklum.


Saturday, November 22, 2014

Aktiviti katak di bawah tempurung

Saya FIKIR mana-mana negeri yang berusaha untuk MENYEKAT blog sskm ialah sedang BERSEMBUNYI seperti KATAK DI BAWAH TEMPURUNG. Saya setuju jika kerajaan MENYEKAT BLOG LUCAH atau BLOG SEKS daripada di AKSES oleh rakyat MALAYSIA tetapi menyekat BLOG SSKM hanya akan MENAMPAKAN KETIDAKBENARAN yang mereka lakukan kepada NEGARA SABAH dan SARAWAK.

Apabila MALAYA tertekan dengan SSKM, mereka mulai membuat huru-hara dalam diam. Mereka menyekat mana-mana laman web atau blog yang memberitahu KEBENARAN tentang mereka dengan TUJUAN untuk menyembunyikan SEJARAH Sabah dan Sarawak daripada diketahui oleh orang lain.

Bagi saya, tindakan MALAYA berbuat demikian ialah bertujuan supaya menutup MINDA RAKYAT Malaysia supaya MALAYA terus menerus MENYEMBUNYIKAN kebenaran yang telah mereka lakukan selama 51 tahun kepada SS sehingga sekarang. 

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa KEDUDUKAN MALAYA sekarang sudah  TERANCAM walaupun SSKM tidak mengancam. Mereka mahu supaya SEMUA rakyat di Malaysia jadi BODOH.

Taktik kerajaan menyekat blog http://sabahsarawakmerdeka.blogspot.com/ daripada dilihat oleh ORANG RAMAI ialah TAKTIK untuk MELUPUSKAN BUKTI. Adakah SSKM melanggar undang-undang negara? Jika SSKM melanggar undang-undang negara, apa undang-undang yang dilanggar? Undang-undang melanggar undang-undang?

SSKM tidak mahu KEBENARAN tentang SABAH dan SARAWAK disembunyikan. JIKA disembunyikan, nanti MALAYA akan menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai TANAH JAJAHAN berterusan dan membodohkan GENERASI yang akan datang.

FIKIRKAN lah. Jika blog SSKM terus menerus disekat, mereka sebenarnya SEDANG MENJEJASKAN UNDIAN. Jadi, fikir-fikirkan lah. Walaupun pergerakan SSKM tidak terlibat dengan POLITIK tetapi ahlinya mungkin terlibat untuk mengundi. Rakyat tahu siapa yang mereka akan UNDI nanti.
Memang benar, Sabah dan Sarawak TIDAK masuk Dan TIDAK KELUAR dari MALAYSIA kerana SABAH dan SARAWAK tidak pernah masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak hanya DIBENTUK untuk menjadi NEGARA yang sama TARAF, bukannya diPERGUNAKAN oleh MALAYA untuk MENGAUT KEUNTUNGAN. KEBENARAN ini disembunyikan OLEH MALAYA dengan MENYEKAT BLOG SSKM? 
Kalau INGIN terus MENJADI KATAK, lakukan SEKATAN . Kalau INGIN mendengar KEBENARAN, buatlah perubahan untuk rakyat NEGARA SABAH dan SARAWAK, bukan BERSEMBUNYI seperti KATAK DI BAWAH TEMPURUNG.

Thursday, November 20, 2014

SSKM tidak berjuang untuk PARTI

Diharapkan supaya para pemimpin yang menyokong SSKM menjadi rakyat biasa dan bukan atas nama Parti. Ini kerana kami tidak terlibat dengan mana-mana parti tempatan. Perjuangan SSKM juga bukan untuk parti POLITIK tetapi untuk Hak Rakyat SS. 

Kami menyokong mana-mana KENYATAAN pemimpin yang bergerak bersama SSKM tetapi kami tidak mewakili PARTI. SSKM bukan parti tetapi untuk HAK Sabah dan Sarawak.

Kami juga menyokong mana-mana menteri yang berjuang untuk Hak Sabah dan Sarawak tetapi kami tidak akan menyentuh mengenai parti yang  ada tetapi hanya KENYATAANnya untuk  membela hak Sabahan dan Sarawakian.

Kami juga TIDAK mahu para pemimpin mengambil kesempatan untuk MEMPROMOSIkan PARTI melalui SSKM kerana ini sudah pasti bertentangan dengan PERJUANGAN SSKM itu sendiri untuk rakyat Sabah dan Sarawak dan bukan untuk PARTI. 

Jika anda mempunyai masalah yang berkaitan dengan PARTI, jangan minta SSKM bantu menyelesaikan masalah TETAPI mintalah KETUA didalam parti anda menyelesaikannya. 

Apapun yang berkaitan dengan parti, setiap individu ada hak bersuara mengenai PARTI tetapi SSKM tidak semestinya mewakili PARTI. PARTI di Sabah, Sarawak atau Semenanjung Malaysia, TIADA kena mengena dengan perjuangan SSKM. 

Mana-mana parti yang BERJUANG untuk hak Rakyat Sabah dan Sarawak, tidak bererti parti mereka ialah untuk SSKM. SSKM ialah SSKM, sama sekali tiada kaitan dengan mana-mana PARTI, malahan MENJATUHKAN parti lain pun LANGSUNG TIADA KENA MENGENA.


JADI, jangan kaitkan SSKM dengan PARTI. Parti yang anda masuk, itu hak anda, jangan gabungkan PARTI anda dengan SSKM. Sebab apa yang disokong oleh SSKM ialah kenyataan INDIVIDU itu dan BUKAN partinya.

keluar daripada penjajahan Malaya


Banyak PERKARA sulit yang disembunyikan oleh Persekutuan Malaysia SEJAK perjanjian MALAYSIA 1963. Rahsia SULIT itu tidak dapat disembunyikan kerana SSKM akan membongkarnya satu persatu jika perlu.

Ini sudah tentu akan mendapat tentangan HEBAT daripada PARTI politik di bawah PIMPINAN MALAYA. Banyak UGUTAN dan ANCAMAN dibuat tetapi kami tidak akan gentar kerana  kami berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan RELA dan MEMBERIKAN kesedaran kepada semua rakyat BORNEO tentang NIAT baik untuk MENUNTUT supaya persekutuan Malaysia memberikan ruang kepada rakyat BORNEO untuk bernafas sendiri  tanpa di jajah oleh Malaya.

Jika ruangan itu diSEKAT, bermakna keputusan untuk KELUAR dari TANAH JAJAHAN MALAYA adalah MUKTAMAD. Borneo Utara masih dalam jajahan MALAYA. Ini bermaksud, 51 tahun MALAYA menyembunyikan sesuatu kepada rakyat BORNEO. 

Memang sangat memalukan kerana Malaya yang selama ini masuk campur ke atas pemerintahan di Borneo Utara ialah kerana ingin mengambil ALIH pemerintahan di Borneo untuk mengaut sumber alam Borneo Utara.

PEMALSUAN identiti RAKYAT BORNEO kepada NEGERI ialah satu TINDAKAN yang tidak seharusnya berlaku. Jika betul dan benar Malaya membantu rakyat BORNEO UTARA, tidak akan ada ISTILAH Sabah dan Sarawak sebagai TANAH JAJAHAN MALAYA.

Jika MALAYA menyembunyikan RAHSIA sulit kepada rakyat BORNEO, kami juga akan menyembunyikan rahsia MALAYA tetapi KAMI tidak akan TAHAN rahsia sulit itu kerana DUNIA sedang menunggu dan tertanya-tanya, apakah sebenarnya kandungan di sebalik rahsia itu. Haruskah DUNIA tahu rahsia sulit itu? Pertanyaan itu ada didalam fikiran  masing-masing. Jika mereka tidak dapat menjawab SOALAN ini, maka anda sedang dalam JAJAHAN MALAYA.

Adakah saya harus mengatakan bahawa MALAYA ialah PERAMPAS TANAH BORNEO? tetapi perkataan ini mungkin tidak begitu sedap didengar?. Saya meminta maaf dengan perkataan itu.

Apa yang PASTI ialah kami sangat SERIUS untuk KELUAR daripada PENJAJAHAN MALAYA. Tiada ISTILAH menghasut kerana KAMI tidak berminat lagi dengan cara PEMERINTAHAN MALAYA. Rakyat Borneo Juga diugut supaya KELUAR dari MALAYSIA jika tidak suka dengan SISTEM di Malaysia. Ingin keluar daripada PENJAJAHAN MALAYA kerana tidak TAHAN dengan PENINDASAN. Ini tidak dikira sebagai MENGHASUT kerana Malaya yang bersalah terhadap rakyat Borneo, Bukannya rakyat Sabah dan Sarawak yang bersalah terhadap MALAYA.

JIKA ini dikategorikan sebagai MENGHASUT, MALAYA sedang melakukan PENDERAAN MENTAL secara PSYCOLOGY kepada rakyat SS. Tindakan KEJAM Malaya ini sangat berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sebab itu , keputusan KAMI untuk keluar daripada MALAYSIA adalah atas nasihat pemimpin yang TIDAK BERKALIBAR juga. Walaupun tidak berkalibar TETAPI kami amat serius dengan perkataan mereka sebab ISU SABAH dan SARAWAK  keluar daripada MALAYA (Yang bermaksud keluar daripada PENJAJAHAN MALAYA) adalah keputusan rakyat BORNEO. Jadi, Malaya harus melepaskan kami kerana MALAYA tiada hak ke atas BORNEO UTARA lagi.

Wednesday, November 19, 2014

Tiada paksaan untuk goPETITION

Photo credit to gracehopper.org
Anda tidak DIPAKSA untuk menandatangani GOpetition didalam SSKM. Kami tidak akan memaksa anda menurunkan tandatangan. Setiap ahli SSKM-SSU(UK) yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain TIDAK SEMBARANGAN meminta tandatangan daripada mana-mana individu.


Kami mempunyai GARIS PANDUAN dan ETIKA tersendiri. Kami tidak sembarangan atau KAMI tidak pernah memaksa sesiapa untuk menandatangai PETITION itu. Ini kerana kami menghormati HAK INDIVIDU, samada YA atau TIDAK untuk menandatangai PETITION itu, bukan HAK KAMI.

Kami akan memberikan PENERANGAN terlebih dahulu tentang VISI dan MISI SSKM dan memberitahu mereka tentang HAK mereka untuk BERSUARA sebagai SABAHAN dan SARAWAKIAN.

KAMI memberikan kenyataan ini kerana kami TIDAK mahu orang TERTEKAN. Kami mahu juga supaya kerajaan jangan MENINDAS KAMI yang bersuara untuk membuat TUNTUTAN kerana kami hanya MENUNTUT keadilan untuk SABAH dan SARAWAK yang di tindas oleh SYSTEM yang dibuat oleh MALAYA.

Kami juga TIDAK meminta apa-apa bayaran sebagai HARGA KERTAS kerana kami PRINT dengan wang kami sendiri kerana TUGAS kami sebagai SUKARELAWAN dan SUKARELAWATI adalah untuk membawa setiap orang yang KAMI jumpa supaya bersama-sama untuk JOIN THE FIGHT.

JIKA anda sesiapa yang MEMINTA BAYARAN kerana menandatangai PETITION SSKM, sila laporkan kepada kami seSEGERA yang mungkin. KAMI adalah pejuang NASIONALIS yang sukarela bersama dengan yang lain berjuang untuk HAK SABAH dan SARAWAK.

Kami SUKARELA untuk bersama-sama untuk JOIN the FIGHT atas kesedaran kami sebagai rakyat BORNEO yang DITINDAS oleh kerajaan PUSAT.

MALAYA menyamar menjadi MALAYSIA?


Rakyat BORNEO Menuntut dan MEMINTA supaya kerajaan berhenti MEMALSUKAN sejarah Sabah dan Sarawak dan BERHENTI MENGHIANATI rakyat BORNEO supaya TIDAK MEMALSUKAN IDENTITI Taraf Sabah dan Sarawak sebagai sebuah NEGARA yang BERDAULAT. 

 Tuntutan ini adalah atas DASAR kemanusiaan dan atas DASAR HAK BERSUARA. Setiap orang mempunyai HAK bersuara dan KERAJAAN sepatutnya mendengar HAK kami sebagai rakyat BORNEO. 

Tindakan MEMALSUKAN IDENTITI sebenar STATUS BORNEO merupakan HASUTAN kepada rakyat BORNEO. Ini kerana rakyat BORNEO seolah-olah kehilangan IDENTITI sebenar mereka kerana mereka terperangkap dengan perkataan MALAYSIA dan RAKYAT MALAYSIA. Jika MEREKA ialah rakyat BORNEO, jadi siapa yang menjadi RAKYAT MALAYSIA dan siapa yang BERADA DI MALAYSIA?

Malaysia hanyalah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU yang menyamar menjadi MALAYSIA. Samaran yang digunakan oleh PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ini mengelirukan rakyat BORNEO. 

Tafsiran Perlembagan MALAYSIA didalam ARTIKEL 60 menerangkan bahawa Persekutuan ditubuhkan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. 

Oleh kerana BORNEO UTARA tidak TERTAKLUK dan TIDAK TERIKAT kepada ARTIKEL 60, maka Persekutuan Tanah Melayu (MALAYA) tiada HAK ke atas SABAH dan SARAWAK kerana BORNEO UTARA tidak dibentuk melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. 

BORNEO UTARA dibentuk mengikut perjanjian 1963 dan bukan perjanjian 1957. Saya tidak  mendapati fakta ini didalam sejarah Malaysia. Fakta ini lah yang sebenarnya diPALSUKAN oleh MALAYA dengan MENIADAKAN SEJARAH sebenar Sabah dan Sarawak.
Jadi, MALAYA meniadakan PERJANJIAN 1963 dengan TUJUAN supaya dapat menjadikan BORNEO UTARA sebagai TANAH JAJAHAN baru. Tujuan rampasan itu ialah untuk menakluki MINYAK dan TANAH-TANAH di Sabah. Mereka mempergunakan pemimpin tempatan melalui parti POLITIK di BORNEO.
TAKTIK dan CARA jajahan ini cukup jelas. Para pemimpin terdahulu yang cuba untuk  menuntut semula HAK mereka yang telah di ambil oleh MALAYA tidak dapat sebab rakyat borneo diberitahu yang Sabah dan Sarawak ialah Malaysia dan sesiapa yang cuba mengeluarkan kenyataan untuk membuat tuntutan terhadap hak rakyat borneo, mereka akan dikenakan HASUTAN, lebih teruk lagi dengan AKTA ISA, terus masuk penjara tanpa BICARA. 

Akta ISA dan AKTA hasutan ialah akta yang hanya menahan orang bersuara dan bersifat MENINDAS. Jika AKTA ini seorang manusia, ia tentu memiliki FAHAMAN seperti SEORANG KOMUNIS. 

Rakyat Borneo DILARANG untuk bersuara. Sabah dan Sarawak ini seperti PENJARA kepada rakyat BORNEO, diberi kebebasan berjalan ke sana kemari tetapi KAKI mereka di ikat oleh AKTA. Ini juga satu penindasan yang TIDAK BERHATI PERUT.

Sekarang anda tahu siapa yang sebenarnya menghasut? Sejak dari dulu lagi, rakyat Borneo DI HASUT untuk tidak bersuara supaya MALAYA dapat MERAMPAS kekayaan SABAH dan SARAWAK dengan mudah tetapi NAMPAKNYA , taktik MALAYA untuk menjajah BORNEO UTARA sudah dihidu oleh INTELLIGENT BORNEAN TEAM (IBT).

Saturday, November 15, 2014

Mesej untuk anti-SSKM

Artikel pendek saya kali ini ialah mengenai MESEJ untuk semua  ANTI-SSKM, tidak kira mereka daripada golongan BERADA atau yang meskin, orang yang berpengaruh atau tidak, orang yang sombong atau rendah hati, pendek kata mesej ini ditujukan untuk mereka yang tidak suka dengan pergerakan SSKM.

Saya suka mengingatkan semua PENGINTIP dan YANG ANTI-SSKM supaya jangan memberikan maklumat PALSU mengenai SSKM kepada orang ramai.

Seperti yang anda tahu, sskm mempunyai VISI dan MISI tersendiri, bukan wujud tanpa ada DASAR atau KEYAKINAN yang KUKUH. 

Jika anda salah memberikan INFO kepada orang ramai mengenai SSKM, maka kami tidak akan bertanggungjawab SAMA SEKALI dengan apa yang anda lakukan.

Kami juga TIDAK bertanggjungjawab dengan tindakan anda jika anda ingin menyebarkan fahaman yang PALSU mengenai SSKM. SSKM tidak menyebarkan FAHAMAN PALSU. Jika anda INGIN menyebarkan FAHAMAN atau MEMOSONGKAN perjuangan SSKM, itu bukan matlamat SSKM sebenar.

Ini bererti anda harus bertanggungjawab dengan perkataan anda. Kami TIDAK mahu terlibat dengan DOSA-DOSA BOHONG yang anda lakukan. Apa yang kami lakukan ini ialah mengenai KEBENARAN dan FAKTA.

DOSA-DOSA BOHONG yang anda BUAT, anda harus menanggungnya sendiri dan jangan libatkan kami. Kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk memberitahu rakyat BORNEO UTARA tentang HAK mereka didalam MALAYSIA dan hak mereka sebagai rakyat yang mempunyai kebebasan bersuara.

Tetapi kami juga tidak menghalang anda jika benar anda tidak suka  dengan SSKM kerana kami sentiasa menghormati HAK anda untuk BERBOHONG tetapi kami tidak bertanggungjawab dengan hak anda. Hak untuk berbohong adalah MILIK ANDA, bukan milik kami.