
Kami menyokong mana-mana KENYATAAN pemimpin yang bergerak bersama SSKM tetapi kami tidak mewakili PARTI. SSKM bukan parti tetapi untuk HAK Sabah dan Sarawak.
Kami juga menyokong mana-mana menteri yang berjuang untuk Hak Sabah dan Sarawak tetapi kami tidak akan menyentuh mengenai parti yang ada tetapi hanya KENYATAANnya untuk membela hak Sabahan dan Sarawakian.
Kami juga TIDAK mahu para pemimpin mengambil kesempatan untuk MEMPROMOSIkan PARTI melalui SSKM kerana ini sudah pasti bertentangan dengan PERJUANGAN SSKM itu sendiri untuk rakyat Sabah dan Sarawak dan bukan untuk PARTI.
Jika anda mempunyai masalah yang berkaitan dengan PARTI, jangan minta SSKM bantu menyelesaikan masalah TETAPI mintalah KETUA didalam parti anda menyelesaikannya.
Apapun yang berkaitan dengan parti, setiap individu ada hak bersuara mengenai PARTI tetapi SSKM tidak semestinya mewakili PARTI. PARTI di Sabah, Sarawak atau Semenanjung Malaysia, TIADA kena mengena dengan perjuangan SSKM.
Mana-mana parti yang BERJUANG untuk hak Rakyat Sabah dan Sarawak, tidak bererti parti mereka ialah untuk SSKM. SSKM ialah SSKM, sama sekali tiada kaitan dengan mana-mana PARTI, malahan MENJATUHKAN parti lain pun LANGSUNG TIADA KENA MENGENA.
JADI, jangan kaitkan SSKM dengan PARTI. Parti yang anda masuk, itu hak anda, jangan gabungkan PARTI anda dengan SSKM. Sebab apa yang disokong oleh SSKM ialah kenyataan INDIVIDU itu dan BUKAN partinya.
0 comments:
Post a Comment