Penangkapan para NASIONALIS kebangsaan SABAH dan SARAWAK merupakan satu PERMULAAN kepada kehancuran MALAYSIA. Ini kerana rakyat tidak akan berdiam diri dengan sebarang ugutan dan ancaman daripada Malaya. Rahsia persekutuan Malaysia akan dibongkar SATU perSATU jika ANCAMAN dari mana-mana ahli politik berterusan menindas para NASIONALIS.
Dunia akan melihat kebangkitan NASIONALISME KEBANGSAAN negara Sabah dan Sarawak yang semakin membara dan membakar di setiap pelusuk. Orang tidak akan nampak bahang itu didalam perhimpunan tetapi didalam setiap HATI rakyat semua orang yang berjuang untuk menuntut HAK mereka sebagai rakyat.
Dunia akan melihat kebangkitan NASIONALISME KEBANGSAAN negara Sabah dan Sarawak yang semakin membara dan membakar di setiap pelusuk. Orang tidak akan nampak bahang itu didalam perhimpunan tetapi didalam setiap HATI rakyat semua orang yang berjuang untuk menuntut HAK mereka sebagai rakyat.
Apa yang saya katakan mengenai permulaan kehancuran MALAYSIA ialah kerana sekiranya para nasionalis di tangkap, dunia akan mencabar kerajaan MALAYSIA dan MENGUTUK semua pemimpin yang berdiam diri kerana TIDAK bertindak untuk membela rakyatnya.
Apakah ertinya bagi saya berada di Sabah dan Sarawak jika saya MERINTIH di negara sendiri? 51 tahun sudah cukup lama. Apakah persekutuan Malaysia TIDAK peduli dengan laungan SUARA RAKYAT di benek hati mereka? Mata, tangan dan hati bukan sekadar berjalan, melihat, merasa atau menyentuh tetapi semua anggota akan turut merasa sakit jika salah satu daripada anggota itu dipatahkan.
Rakyat SS hanya menuntut HAK yang yang telah disembunyikan dan di ambil oleh Malaya supaya rakyat SS terus dapat menjadi rakan kongsi yang sama taraf. Jika benar Malaya tidak mahu berganjak daripada pendirian, maka KELUAR itu mungkin jalan TERBAIK untuk menyelesaikan isu ini kerana anda sendiri melihat, GoPetition sedang berjalan dan ini ialah satu tanda BERJAGA-JAGA kerana para nasionalis yang diugut atau diancam dalam segala macam penindasan merupakan satu PERMULAAN kepada KEBANGKITAN SECARA BESAR-BESARAN kerana TIDAK menghormati HAK BERSUARA INDIVIDU.
Biarkan kami bersuara dan DENGAR suara kami dan bertindak untuk membantu dan memenuhi HAK kami yang tidak terbela. Seorang pemimpin yang baik tidak akan membiarkan rakyatnya ditindas oleh SISTEM. Jika anda merasa seorang pemimpin yang mewakili rakyat Sabah dan Sarawak, lakukan sesuatu untuk membantu kami. Dulu , rakyat yang menyokong kamu tetapi sudah sampai masanya kamu menyokong kami sebab kami yang bersuara untuk menyokong kamu (Pemimpin).
Apa gunakan seorang pemimpin JIKA hanya suara mereka (Pemimpin) sahaja yang didengar TETAPI tidak pernah mendengar KELUHAN rakyatnya? Malahan membuat ancaman dan HURU HARA KETAKUTAN yang membangkitkan KEBENCIAN kepada rakyat SABAH dan SARAWAK? Siapa tidak marah kalau RCI juga belum dikeluarkan? Bukan marah tetapi merasa dipermainkan. Kerana kami bukan anak patung buatan CHINA, malahan kami bukan diperbuat daripada negara CHINA, kami cuma RAKYAT yang ingin MENUNTUT HAK didalam MALAY-SIA.
0 comments:
Post a Comment