Thursday, October 30, 2014

SSKM vs Kesultanan Sulu

Anda tentu pernah mendengar mengenai SSKM yang dikaitkan dengan kesultanan Sulu. Seperti yang anda tahu, mereka yang memburuk-burukkan SSKM sudah pun dikenal pasti dan agenda politik mereka, digemburkan di laman sosial sedangkan ada di antara mereka ini yang bukan ahli politik tetapi berlagak seperti seorang ahli politk. 
Credit to Malaysia Today
Memang MENJENGKELKAN, belum menjadi ahli politik pun, sudah pandai memfitnah dan membuat ancaman, apa lagi kalau sudah menjadi ahli politik? Sampai bila-bila pun, rakyat di negara Sabah dan Sarawak tidak akan mempercayainya.
Bagi anda yang tidak faham SEJARAH atau TIDAK pernah belajar sejarah, anda pasti tidak akan tahu tentang bagaimana proses kemerdekaan itu dimulai.Jadi, jangan lah pandai-pandai menambah dengan mengatakan yang kemerdekaan itu bukanlah kemerdekaan sebenar  melainkan cuma satu bentuk penjajahan british yang baru. 
Soalan BONUS dan 'assignment untuk anda'. Siapa itu Britain dan Britain itu siapa? British itu dari mana? Adakah britain itu berasal dari kutub utara? atau daripada THAILAND? atau PEMBERONTAK sulu? 
Kita memerlukan kerjasama daripada BRITAIN untuk mencapai proses kemerdekaan di Sabah dan Sarawak. Satu-satunya jalan untuk kita melaluinya ialah melalui tandatangan dan Doris Jones. Adakah sesiapa yang mahu membantu dia menjadi wakil di luar negara? 

Kalau tidak ada yang sanggup, jangan katakan yang Doris Jones tidak turun padang. Dia sudah turun padang untuk membantu. Penggerak yang ada di Sarawak dan Sabah ialah semua orang yang ingin keluar daripada penindasan MALAYA. KELUAR dari MALAYSIA ialah jalan terbaik.

Pemberontak Sabah datang untuk memberontak dan merebut Sabah dengan penuh kekerasan sehingga ramai orang yang terlibat menangani pemberontak ini dan banyak nyawa yang tergadai. 
Tiada tempat untuk sultan Sulu di Sabah. Kita melihat pemberontak sulu membawa senjata untuk memberontak dan melakukan apa saja yang mereka mahu. Pergerakan mereka dimulai dengan kekerasan, ugutan dan kematian. 
Rakyat Malaysia juga mempersalahkan tindakan kerajaan Malaysia semasa pemberontak sulu datang ke Sabah kerana menangguh tindakan untuk tidak menembak sebarang musuh yang melintasi garis larangan. Sebagai akibatnya, anggota polis daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dikerah untuk bertempur dengan askar-askar sulu. 

Dapatkah anda melihat bagaimana SSKM ini bergerak? Adakah pergerakan mereka seperti yang dilakukan oleh askar sulu? SSKM jauh lebih baik daripada pengganas sulu yang dilabel sebagai TERRORIST  (PENGGANAS). 

Anda harus menilai dan melihat dengan jelas perjuangan SSKM ini. Jika anda belum melihat apakah MISI dan VISI mereka, anda pasti akan terpengaruh dengan suara-suara yang membenci atau menghalang SSKM. Memfitnah ialah satu DOSA mulut. Jika anda terus mendengarkan fitnahan mereka, maka anda juga berdosa seperti mereka. Jangan tambah dosa anda yang sedia ada.

0 comments:

Post a Comment