Wednesday, November 5, 2014

Bertugas dengan S.O.P

Saya mengambil kesempatan disini untuk meminta kepada semua petugas awam, samada RELA, POLIS, POLIS BANTUAN, ASKAR, COMMANDO , BOMBA (Jika ada kaitan) atau lain-lain yang sama dengannya supaya tidak membuat tangkapan kepada mana-mana individu yang mempromosikan KEAMANAN kepada semua rakyat Sabah dan Sarawak terutama yang berkaitan dengan SSKM-SSU-UK atau NGO lain yang berdaftar.

Permintaan saya  ini ialah untuk mewakili semua para pejuang tempatan di Sabah supaya jangan mengapa-apakan mereka kerana mereka tidak bersalah sama sekali. Petugas awam sepatutnya menjaga mereka supaya jangan ada anasir yang mencurigakan yang cuba untuk mengganggu mereka.

Ini pasti akan mempengaruhi pandangan umat awam terhadap tugas seorang anggota polis yang menjaga keamanan. Mengapa saya katakan seperti ini? Mana-mana pertubuhan berdaftar ada hak untuk mempromosikan keamanan. 
Jika keamanan itu di halang, ini  menunjukkan ia sudah bertentangan dengan TUGAS penjaga keamanan untuk menjaga rakyat, kecualilah jika ADA orang DALAM yang DALANG yang bersengkol untuk menghalang pergerakan para pejuang. SILA JANGAN MENYALAHGUNAKAN TUGAS ANDA SEBAGAI PENJAGA KESELAMATAN AWAM dan rakyat juga tidak akan menyalahgunakan kebebasan bersuara mereka.
Bukan suka-suka tangkap orang, semua ada PROSEDUR. Jika TERSALAH tangkap tanpa mengikut PROSEDUR yang sedia ada,  silap-silap KERAJAAN sendiri yang kena. Apa yang saya katakan disini ialah , Rakyat yang harus dijaga kerana mereka tiada senjata tetapi jika yang dijaga pula yang digari, ANDA SUDAH MELANGGAR SOP. 

Saya menghargai tindakan anggota keselamatan untuk terus bekerjasama dengan orang kampung yang TIDAK BERSENJATA dan TIDAK bersalah untuk mempromosikan keamanan. Mempromosikan keamanan adalah HAK ASASI manusia.

Saya ada hak bersuara kerana saya adalah rakyat SABAH.Dan saya juga membayar GST untuk membayar gaji POLIS atau anggota keselamatan lain yang terlibat. Saling bantu membantu lah kita.

Note: Yang tukang report tu, kalau tidak tahan dengan tekanan kerana dituduh penghianat kepada perjuangan Sabahan dan jika anda tidak tahu undang-undang perhimpunan aman, jangan suka-suka buat report.

No comments:

Post a Comment