Persekutuan Malaysia diminta supaya jangan mencabar rakyat Sabah dan Sarawak dengan mana-mana UGUTAN atau ANCAMAN atau apapun yang berbentuk JENAYAH hanya disebabkan untuk mendapatkan SOKONGAN dan SIMPATI RAKYAT untuk terus mengaut keuntungan melalui hasil bumi Sabah dan Sarawak seperti minyak, kayu balak.
Tindakan persekutuan Malaysia mencuri hasil bumi SS tidak dihalalkan oleh rakyat SS. Ia akan menjadi HARAM buat selama-lamanya sebab penderitaan rakyat SS sudah mencapai 51 tahun.

Kekayaan bumi SS bukanlah kekayaan yang dikongsi oleh persekutuan Malaysia setelah perjanjian Malaysia dibatalkan. Jika benar persekutuan Malaysia mahu jadikan Sabah sebagai rakan kongsi yang sama taraf, mereka tidak sepatutnya menggugurkan perjanjian Malaysia dan tetap menghormati setiap pandangan rakyat Sabah dan Sarawak untuk keluar daripada Malaysia.
Sabah dan Sarawak berhak keluar daripada Malaysia. Ini ialah tuntutan yang sangat serius untuk diambil peduli dan bukan untuk dipertikaikan. Terdapat banyak ugutan-ugutan daripada persekutuan Malaysia terhadap rakyat SS supaya tidak menyertai pemisahan untuk keluar daripada Malaysia termasuklah menggunakan parti-parti politik seperti DAP-BN, UPKO-BN atau mana-mana yang berkaitan dengan parti yang ber BN dengan MALAYA.
Persekutuan Malaysia sepatutnya mendengar KELUHAN dan RINTIHAN rakyat SS didalam Malaysia dari dulu lagi dan bukan BERLAKON untuk meminta simpati rakyat SS yang kononnya boleh berbincang dengan cara DEMOKRASI untuk keluar dari MALAYSIA. Tindakan untuk pura-pura BERDEMOKRASI mungkin hanya terpakai di IRAQ dan SIRIA.
Rakyat dari luar Negara sudah RIMAS dengan cara DEMOKRASI PALSU yang dilakukan oleh persekutuan Malaysia . Persekutuan Malaysia pura-pura memberikan jalan penyelesaian dengan berbincang kepada kumpulan Nasionalis mengenai SS keluar Malaysia tetapi mengapa dari dulu sebelum mencapai 51 tahun, perkataan itu TIDAK keluar dari mulut pemimpin kerajaan Malaysia?
Para pejuang nasionalis dari seluruh pelusuk daerah Sabah dan Sarawak bukanlah kumpulan EXTRIMIST seperti yang digembur-gemburkan oleh kerajaan Malaysia tetapi hanya untuk menuntut HAK mereka yang sudah 51 tahun diabaikan . Didalam Malaysia, ada beberapa kumpulan EXTRIMIST yang selalu menjadi perhatian dunia.
Kita tahu bahawa kumpulan yang paling agresif setakat ini di Malaysia ialah mereka yang berjuang untuk AGAMA tetapi menyakiti hati banyak orang dengan membangkitkan ISU PERKAUMAN yang serius sehingga menyentuh sensitiviti rakyat SS. Rakyat Malaysia bimbang jika kumpulan agama ini akan bertukar menjadi lebih agresif seperti yang dilakukan oleh ISIS di Iraq dan Siria.
Jika ini terjadi, maka kadar JENAYAH di Malaysia pasti akan meningkat dalam masa yang akan datang. Walaubagaimanapun, kebanyakan rakyat Malaysia yang menyertai ISIS (Islamic State in Iraq and Syria) ialah daripada kumpulan PELAMPAU agama di Malaysia. Ini menunjukkan KEBARANGKALIAN rakyat Malaysia yang menyertai ISIS ialah terdiri daripada kumpulan PELAMPAU agama.
No comments:
Post a Comment